Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Isteri Terkandas Di Tengah Laut
Kredit: thepattayanews

Lelaki Berenang 5 Jam Di Laut, Cari Bantuan Untuk Isteri

Athirah

Lelaki Berenang 5 Jam Di Laut, Cari Bantuan Untuk Isteri

Sepasang suami isteri dari Arab Saudi berdepan detik cemas apabila jetski yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan terkandas di tengah lautan ketika bercuti di Pattaya, Thailand.

Menurut The Pattaya News, si suami kemudian mengambil keputusan untuk berenang menuju ke pantai Jomtien untuk mendapatkan bantuan dan menyelamatkan isterinya.

Abdulrahman Mahdi M Alamri, 26, dikatakan berenang untuk jarak kira-kira dua kilometer dalam keadaan gelap-gelita sambil memakai jaket keselamatan.

Menurut penduduk tempatan yang menemui Abdulrahmah di kawasan pantai, lelaki itu mengalami keletihan melampau selepas berenang lebih daripada lima jam.

Suami gadai nyawa berenang lima jam dalam gelap

Penduduk tempatan itu kemudian menghulurkan bantuan awal kepada Abdulrahman dan melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut The Pattaya News, lelaki itu bersama isterinya menyewa sebuah jetski daripada operator tempatan untuk bersiar-siar di sekitar pantai Jomtien.

Bagaimanapun, mereka tidak muncul semula untuk menyerahkan semula jetski berkenaan selepas tamat waktu sewaan selama sejam.

Ekoran itu, operator yang menyediakan perkhidtmatan jetski berkenaan menggerakkan usaha untuk menjejaki pasangan suami isteri berkenaan, namun gagal.

Kedudukan sebenar mereka hanya diketahui selepas Abdulrahman berjaya berenang menuju ke pantai dan memaklumkan kejadian sebenar yang berlaku.

Jet ski yang dinaiki mereka mengalami kerosakan ketika berada di tengah laut

Berdasarkan maklumat dikongsikan oleh Abdulrahman, pasukan penyelamat kemudian menggerakkan dua bot menuju ke lokasi jetski itu terkandas bersama isterinya.

Isteri Abdulrahman seterusnya berjaya ditemui kira-kira dua kilometer dari pantai Jomtien.

Ketika ditemui, isterinya berada dalam air sambil berpaut kepada jetski yang sudah terbalik. Wanita itu juga mengalami kesejukan dan bergantung kepada jaket keselamatan untuk mengelak daripada lemas.

Dia seterusnya berjaya dibawa pulang ke darat dan dihantar ke hospital bersamanya suaminya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BACA: Kemunculan Ratusan Dron Misteri Hantui Penduduk Amerika Syarikat

BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

Sumber:

The Pattaya News