Kemunculan Ratusan Dron Misteri Hantui Penduduk Amerika Syarikat
Misteri kemunculan dron di ruang udara New Jersey selama berminggu-minggu telah mengundang kebimbangan komuniti penduduk di negeri timur laut Amerika Syarikat (AS) itu.
Bagaimanapun, tiada penjelasan kukuh berhubung fenomena tersebut dikeluarkan oleh mana-mana pihak setakat ini.
Walaupun kerajaan negeri sendiri sudah mengesahkan kejadian itu, namun tiada jawapan yang jelas diterima daripada mana-mana agensi persekutuan yang berkaitan.
Keadaan itu menyebabkan mereka kini mendesak agar Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengeluarkan laporan berhubung perkara tersebut dengan segera.
Menurut laporan media, ada dron-dron yang dilihat itu digambarkan bersaiz sebesar kereta.
Sementara itu, Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump berkata dron-dron misteri yang muncul bukan milik mana-mana musuh negara itu.
Namun begitu, beliau mendakwa kerajaan semasa dan tentera mengetahui apa yang sedang berlaku.
FBI dan DHS tidak memiliki sebarang bukti
Kehadiran dron-dron berkenaan turut memaksa Trump membatalkan perjalanannya ke Bedmintser di New Jersey, lokasi dimana salah satu rumah kelab golfnya berada.
Menurut Forbes lagi, Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson yang terletak di Dayton, Ohio juga terpaksa menutup operasi kira-kira empat jam pada malam Jumaat selepas menerima laporan kehadiran dron berkenaan.
Ketua Hal Ehwal Awam Pangkalan, Bob Purtiman berkata penutupan dilakukan kerana terdapat laporan kehadiran pesawat udara tanpa pemandu (UAV).
Difahamkan, pangkalan berkenaan turut menempatkan fasiliti penyelidikan dan teknologi milik tentera udara.
Berada di ruang udara pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat
Menurut Forbes, polis di Boston mengesahkan telah menahan dua suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden dron berkenaan pada 14 Disember lepas.
Suspek dipercayai terlibat menerbangkan dron dengan jarak yang sangat dekat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Logan dari sebuah pulau di Pelabuhan Boston.
@cnn Weeks of unexplained drone sightings in New Jersey has residents on edge, as politicians and security officials scramble to uncover the source of the growing mystery in the Garden State’s night skies. #cnn #news #newjersey #drones #njdrones
Walau bagaimanapun, tiada tanda penahanan itu ada kaitan dengan mana-mana penampakan di seluruh New Jersey yang menimbulkan kebimbangan baru-baru ini.
The New York Times melaporkan beberapa dron juga telah dikesan berada di ruang udara empat pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di United Kingdom, pada 27 November lalu.
Seorang pegawai dari Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, dron itu tidak menjejaskan pangkalan berkenaan. Dalam masa sama, pegawai mereka akan menyiasat dan terus menelitinya.
@itvnews Even the FBI can’t work this one out yet. #itvnews #news #conspiracy #drone
@dailymail Representative Josh Gottheimer urged the FBI for more transparency on the recent series of drone sightings over New Jersey. He also claimed local law enforcement didn’t have the tools to ‘identify’ and ‘take out’ the drones. 🎥WABC-TV #drones #nj #newyork #tech #flying #news
♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro
@dailymail New York Governor Kathy Hochul has slammed the Biden administration’s response to the drone crisis sweeping the East Coast, telling the White House the bizarre episode ‘has gone too far.’ New York Governor spoke out after the drones forced Stewart Airfield to shut down its airspace for more than an hour on Friday, releasing a statement saying the feds ‘must step in’. Since late November, residents of New York City and New Jersey have reported several drone sightings at night, that alarmed both locals and law enforcement. New Jersey Governor Phil Murphy said Monday night that the drones are ‘very sophisticated’, explaining: ‘The minute we get eyes on them [the drones], they go dark.’ Read the full story at DailyMail.com. 🎥 BrianGlennNJ/TMX, PaulGerke/TMX, Facebook/Orange Country Emergency Services-NY #drones #nj #newyork #whitehouse #airport #flying #news
@abcworldnews A Naval weapons station in #NewJersey has confirmed multiple instances of #drones crossing into its airspace, but said it did not pose a threat. As more states in the #Northeast report seeing swarms of drones hovering overhead, Erielle Reshef has the latest. #WorldNewsTonight #News #ABCNews #mystery
@nbcnews Dozens of #drones have been hovering over homes, businesses and military bases in #NewJersey for nearly a month — and authorities still don’t know who is responsible.
BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus
Sumber: Forbes