Siakap Keli
AMEC menang separuh akhir

AMEC 2024: Menang Pun Belum Tentu Malaysia Ke Separuh Akhir ?

AMEC 2024: Menang Pun Belum Tentu Malaysia Ke Separuh Akhir ?

Esok adalah perlawanan terakhir peringkat kumpulan A untuk Harimau Malaya dalam kempen Asean Mitsubishi Electric Cup 2024 (AMEC).

Malaysia bakal melayan kunjungan pasukan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 9 malam.

Singapura juga masih belum mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas tewas dengan Thailand 2-4 di laman sendiri.

Skuad Pau Marti setakat ini mengumpul empat mata, hasil dari 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah. Berkongsi mata dengan pasukan Kemboja.

Matematik Untuk Layak

Secara matematiknya, Harimau Malaya wajib mengumpul tiga mata penuh di Bukit Jalil malam esok dan tiada alasan untuk kalah atau seri jika mahu layak ke separuh akhir.

Dengan kemenangan malam esok, Malaysia boleh melonjak ke tangga kedua kumpulan A sambil mengharapkan Kemboja tewas atau seri dengan Thailand.

AMEC menang separuh akhir

Kali terakhir Malaysia gagal layak ke separuh akhir adalah pada edisi 2021 yang menyaksikan Harimau Malaya sekadar menduduki tempat ketiga kumpulan B.

Singapura pula gagal layak ke pusingan separuh akhir edisi yang lepas namun menunjukkan prestasi yang baik dalam edisi kali ini.

Ancaman Kemboja juga tidak boleh dipandang enteng, kerana Thailand sudah melayakkan diri ke separuh akhir dan ada kemungkinan Thailand hanya menurunkan pasukan kedua mereka.

SK beri contoh situasi, sekiranya Malaysia menang 1-0 dan Kemboja menang 2-0, Malaysia tetap gagal ke separuh akhir berbeza 1 jaringan dengan Kemboja.

Untuk mengelakkan situasi itu berlaku, memburu seberapa banyak gol yang boleh dan elak dibolosi adalah jalan terbaik agar tidak terlepas slot ke separuh akhir.

Pemain Dipanggil Pulang

Pau marti juga menghadapi kesukaran pada edisi kali ini kerana AMEC berlangsung ketika liga domestik sedang rancak berjalan.

Ada beberapa pasukan yang memanggil semula pemain mereka dari kem kebangsaan untuk mengharungi kempen Liga Super dan Piala Malaysia.

Isu seperti ini menyukarkan Pau Marti untuk mengekalkan fokus anak-anak buahnya bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Antara kelab yang memanggil semula pemain mereka adalah Penang FC, Sabah FC dan Selangor FC.

BACA JUGA: Marcus Rashford Sedia Angkat Kaki Dari United

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.