Marcus Rashford Sedia Angkat Kaki Dari United
Pemain bintang Manchester United (MU), Marcus Rashford memberi bayangan bahawa beliau bersedia untuk meninggalkan kelab itu di masa hadapan.
“Secara peribadi, saya bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan kehidupan seterusnya.
“Tiada istilah berkecil hati sekiranya saya pergi meninggalkan kelab ini. Saya tidak akan memberikan sebarang komen negatif tentang MU. Itulah diri saya.
“Jika saya tahu situasi sudah buruk, saya tidak akan mengeruhkan lagi keadaan. Saya telah melihat bagaimana pemain-pemain sebelum ini pergi meninggalkan kelab.
“Apabila saya mahu berhijrah, kenyataan akan diberikan oleh saya sendiri,” katanya ketika ditemubual oleh wartawan British, Henry Winter.
Rashford, 27, merupakan pemain akademik MU yang menujukkan potensi luar biasa ketika bersama skuad remaja dan akhirnya dibawa untuk beraksi bersama pasukan utama.
Beliau setakat ini sudah pun menjaringkan 138 gol menerusi 426 penampilan sejak melakukan debut pada 2016.
Bagaimanapun, Rashford bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik sejak 18 bulan lalu sehingga menyebabkan beliau turut kehilangan tempat bersama pasukan kebangsaan, England.
Rashford sedia angkat kaki, tinggalkan Manchester United
Manakala dalam aksi derbi menentang Manchester City pada 16 Disember lepas, nama beliau langsung tidak senaraikan sebagai pemain yang dibawa ke Etihad oleh Ruben Amorim.
Dalam pada itu, Rashford mengakui disisihkan dari skuad ketika menentang City sebagai mengecewakan.
“Saya rasa kecewa dengan situasi itu. Tetapi, saya sudah dewasa dan boleh menangani situasi berkenaan.
“Apa respon saya, adakah hanya berdiam diri atau menangis? Tidak, saya akan melakukan yang terbaik apabila diperlukan kelab,” katanya lagi.
Ketiadaan dua pemain bukan disebabkan masalah disiplin
Semantara Amorim pada Ahad berkata, ketiadaan Rashford dan seorang lagi pemain, Alejandro Garnacho bukan disebabkan oleh masalah disiplin.
“Pemain sentiasa berjuang untuk mendapatkan tempat dalam perlawanan seterusnya di minggu-minggu akan datang.
“Untuk saya perkara yang paling penting adalah prestasi ketika latihan dan persembahan pada hari perlawanan.
“Cara pemain berpakaian dan apa yang mereka makan, bagaimana mereka berinteraksi dan mendorong antara satu sama lain, semua saya perhatikan,” katanya.
Di bawah Amorim, MU menunjukkan sedikit tanda-tanda kebangkitan dengan beberapa keputusan positif, termasuk kemenangan minit-minit akhir di Etihad.
Amorim juga dijangka akan mengulas kenyataan terbaru Rashford dalam sidang media sebelum perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang Tottenham Hotspurs, pada Rabu.
BACA: Delta Works: Benteng Banjir Terbesar Dunia
Sumber: AFP