Pelakon, Lan Zailan Meninggal Dunia
Pelakon tempatan, Zailan Kamaruddin Bin Mohd atau dikenali sebagai Lan Zailan dilapor meninggal dunia pada usia 66 tahun, pada Khamis.
Berita pemergian arwah turut disahkan oleh isterinya, Ruby Sara Omar.
Menurut hantaran ERA (Malaysia) di Facebook, Allahyarham Zailan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.24 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya dan anak-anak berada di sisi Allahyarham ketika dia menghembuskan nafas terakhir,” kata hantaran itu.

Allahyarham Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, meninggal dunia
Sebelum ini, SK melaporkan Allahyarham Lan Zailan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.
Berita duka berkenaan dikongsikan oleh isterinya, Rubysara Omar menerusi satu hantaran di Facebook pada 4 Disember lepas.
Menurut hantaran Rubysara ketika itu, doktor memberitahu bahawa sel kanser berkenaan turut sudah merebak ke organ hati dan paru-paru.
Dalam pada itu, media tempatan turut pernah melaporkan Lan Zailan dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan sejak 29 November lalu.
Difahamkan, pelakon itu mulanya hanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan, namun keadaannya tidak berubah dan terpaksa dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
BACA: Aisberg Terbesar Di Dunia Mula Bergerak Sekali Lagi
BACA: Melaka, Negeri Sembilan, Perlis Dan Putrajaya Sifar Miskin Tegar Setakat 30 Nov
Sumber: ERA (Malaysia) via Facebook