Siakap Keli
motosikal rempuh peronda
Kredit: Bernama

Penunggang Parah Selepas Motosikal Rempuh Kereta Peronda Yang Cuba Elak Anjing Melintas

Penunggang Parah Selepas Motosikal Rempuh Kereta Peronda Yang Cuba Elak Anjing Melintas

KOTA BHARU, 20 Disember (Bernama) — Seorang individu cedera parah selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba mengelak anjing melintas di kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku pada 9.30 malam apabila kereta peronda polis dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang secara tiba-tiba melintas dari kiri jalan, dirempuh sebuah motosikal di bahagian sisi kanan belakang kereta.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dengan menelefon 09-9440222 bagi membantu siasatan.

BACA: Malaysia Airlines Lancar Pesawat A330neo Pertama, Ini Kehebatannya

BACA: Tiada Pertuduhan Berhubung Siasatan Tender Perkhidmatan 1BestariNet KPM – SPRM

BACA: Kubu Tinggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Runtuhan Di Tebing Sungai Kelantan

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.