Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
tiada kenaikan tarif elektrik
Kredit: Bernama

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Untuk Pengguna Semenanjung 1 Jan – 30 Jun 2025

Azizah Najib

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Untuk Pengguna Semenanjung 1 Jan – 30 Jun 2025

PUTRAJAYA, 20 Disember (Bernama) — Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung menerusi pelaksanaan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan, keputusan yang dibuat pada 13 Disember lepas merupakan komitmen kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi menerusi pelaksanaan subsidi secara bersasar.

“Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 yang akan dibiayai oleh kerajaan kali ini adalah sebanyak RM2,388 juta.

“PETRA percaya bahawa pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar merupakan pendekatan terbaik pada masa ini supaya mengurangkan komitmen subsidi kerajaan agar peruntukan tersebut dapat disalurkan dalam bentuk bantuan lain kepada rakyat,” menurut kementerian itu.

BACA: Pengusaha Feri, Bot Penumpang, RORO Terima Subsidi Diesel Bermula 1 Jan Ini

Inisiatif itu menurut PETRA membolehkan kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara.

PETRA pada 29 Jun lepas mengumumkan rebat dua sen per kilowatt jam (kWj) dikekalkan bagi 6.9 juta pengguna domestik di bawah 600 kWj, tiada perubahan kepada 1.3 juta pengguna di bawah 1,500 kWj dan rebat 10 sen/kWj untuk 85,000 pengguna melebihi 1,500 kWj.

Selain itu, menurut kenyataan tersebut, kerajaan juga bersetuju dengan penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) untuk tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula 1 Jan hingga 31 Disember 2027.

BACA: Aeril & Wawa Sekali Lagi Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Sehubungan itu, kerajaan menerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu yang mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar dan lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan trilema tenaga iaitu jaminan bekalan tenaga, akses kepada bekalan tenaga dan kelestarian, menurut PETRA.

Kementerian itu memaklumkan jadual tarif baharu dicadang untuk dilaksanakan bermula 1 Julai 2025 dengan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM3,570 juta yang akan dibiayai kerajaan.

Kerajaan juga menurut PETRA kekal komited untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 bagi pengguna kategori Miskin Tegar dalam Sistem e-Kasih dengan peruntukan RM55 juta.

“Pengguna boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti berhampiran atau melihat jumlah subsidi elektrik dalam bil elektrik bulanan,” menurut kenyataan itu.

BACA: Penunggang Parah Selepas Motosikal Rempuh Kereta Peronda Yang Cuba Elak Anjing Melintas

Sumber: Bernama