CEO Bakal Berundur, Bursa Malaysia Akui Mulakan Pelan Penggantian
Bursa Malaysia Bhd pada Isnin mengesahkan telah memulakan pelan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Muhammad Umar Swift yang dilaporkan media berhasrat melepaskan jawatan itu.
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata “telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat.”
“Atas alasan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan, sedang dalam proses memulakan penggantian CEO,” katanya.
Laporan media menyatakan jawatan Muhammad Umar berkemungkinan diambil alih oleh Datuk Fad’l Mohamed yang pada masa ini merupakan pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd.
BACA: Pembayar Zakat Dah Boleh Pilih Duit Zakat Disalurkan Ke Mana, Ini Cara & Kategorinya
BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000
BACA: Gangguan Seksual: UM Tahan Kerja Pensyarah
Sumber: BERNAMA