Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Tahap Penilaian Kebersihan Old Trafford
Gambar: AFP

Tular Foto Tikus, Tahap Penilaian Kebersihan Old Trafford Merosot

Iqbal Yasir

Tular Foto Tikus, Tahap Penilaian Kebersihan Old Trafford Merosot

MANCHESTER — Gelaran ‘The Theatre of Dreams’ semakin dicemari selepas tular foto seekor tikus berkeliaran di atas padang Old Trafford baru-baru ini.

Difahamkan, Manchester United kini dibelenggu serangan tikus di stadium berkenaan, dengan penilaian kebersihan makanan merosot teruk dari empat bintang kepada dua bintang, berbanding sebilangan besar kelab Liga Perdana yang mempunyai penilaian kebersihan bertaraf lima bintang.

Stadium yang dibina pada tahun 1910 itu hanya melakukan pengubahsuaian berskala besar kali terakhir pada tahun 2006, kini mengalami pelbagai masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Gambar: AFP

Kelibat haiwan perosak itu disedari ketika sidang akhbar Ruben Amorim selepas kekalahan 3-0 United kepada Bournemouth di laman sendiri Ahad lalu.

Hasil siasatan oleh pemeriksa kesihatan mendapati lokasi itu sedang menghadapi serangan tikus selepas menemui bukti aktiviti tikus di suite korporat aras bawah dan di kiosk yang menjual makanan kepada peminat di ruang legar.

Menurut Daily Mail, najis tikus ditemui dalam pemeriksaan baru-baru ini oleh pemeriksa kebersihan.

Pegawai United kini bekerjasama dengan rakan kongsi kawalan perosak dan majlis Trafford untuk menangani masalah itu.

Isu ini dipercayai berpunca dengan lokasi Old Trafford yang berada di antara terusan dan landasan kereta api.

Masalah bertambah teruk semasa suhu yang lebih sejuk pada musim sejuk, yang menyaksikan perosak tertarik ke kawasan yang lebih panas dan terlindung.

Pengawal perosak kini perlu membuat pemeriksaan di stadium itu antara empat hingga lima kali seminggu.

Tahap Penilaian Kebersihan Old Trafford
Gambar: AFP

“Manchester United melaksanakan sistem kawalan perosak yang teguh di seluruh Old Trafford.

“Pemeriksaan mingguan kini dibuat di semua kawasan katering dan langkah ketat diambil untuk memastikan tahap kebersihan adalah tinggi di lokasi juadah disimpan, disediakan dan dihidangkan.

“Jika kejadian seperti ini berlaku di stadium, tindakan segera dan sewajarnya diambil,” ujar jurucakap Old Trafford.

Perkara sama turut dilaporkan oleh wartawan antarabangsa, Fabrizio Romano dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.

“Pemeriksa menemui bukti aktiviti tikus di suite korporat peringkat bawah di Old Trafford dan di kiosk yang menjual makanan kepada peminat di ruang legar.

“Manchester United sedang menyiasat mengenainya,” tulisnya.

Sebelum ini, pemegang saham bersama The Red Devils, Sir Jim Ratcliffe telah mengarahkan pasukan petugas untuk mengkaji merit untuk membina stadium baharu, selepas konkrit ikonik itu dilihat semakin dimamah usia.

Apatah lagi, setiap kali hujan lebat melanda Manchester, Old Trafford tak ubah seperti pemandangan ‘air terjun’ yang turun dari atap stadium itu.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1222060093054813&id=100057525006204&rdid=K8CQbGLBRpmO2DTh

Sumber: The Mirror, Fabrizio Romano

BACA: Lemas Di Tali Air: Mayat Anggota Polis Ditemukan Pagi Ini

BACA: 30 Rumah Rosak Akibat Angin Kencang Di Semporna – Bomba