Siakap Keli
12 kontena mapim gaza
Gambar: MAPIM

12 Kontena Bantuan MAPIM Berjaya ‘Tembus’ Gaza

12 Kontena Bantuan MAPIM Berjaya ‘Tembus’ Gaza

RAFAH — Sebanyak 12 kontena misi bantuan yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah berjaya dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Ketua Misi Bantuan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, Datuk Sani Araby, mengesahkan perkara itu selepas menerima satu video sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia.

Dalam klip tersebut, memaparkan seorang saudara di Gaza, yang tinggal di khemah pelarian, berlari teruja membawa pulang kotak bantuan tertera bendera Malaysia.

Gambar: MAPIM

Menurut Datuk Sani, beliau meluahkan rasa sebak dan terharu melihat saudara di sana begitu gembira menerima bantuan tersebut.

Katanya lagi, kotak bantuan tersebut adalah sebahagian daripada 12 kontena yang berjaya dihantar melalui Rafah dalam projek besar dinaungi sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang sempurnakan flag-off.

Manakala Nik Nazmi pula diutuskan khas oleh pihak kerajaan untuk hadir di Gudang MAPIM, Kaherah untuk flag-off sekali lagi sebelum bantuan ini bergerak ke Gaza.

BACA: Dua Penuntut Universiti Maut Kereta Terbabas Rempuh Penghadang Jalan

“Dalam video tersebut, pemuda Gaza ini menceritakan dengan penuh keterujaan isi kotak bantuan yang kini bernilai hampir USD 300 akibat perang yang melanda.

“8 kontena gandum, 4 kontena berisi kotak barangan asas yang sangat kritikal untuk kegunaan harian.

“Semua barangan ini dibeli dan dibungkus oleh sukarelawan MAPIM dan rakan NGO di Mesir sebelum dihantar melalui laluan darat.

“Walaupun perjalanan ini menghadapi pelbagai ujian, termasuk pintu Rafah yang sering ditutup dan kawalan ketat rejim, alhamdulillah, bantuan akhirnya sampai ke tangan mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Sani, pihaknya kini dalam usaha untuk menyasarkan 100 Kontena untuk dihantar ke bumi Gaza.

Untuk makluman, projek nasional ini adalah hasil kerjasama MAPIM bersama gabungan penyumbang hebat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Menteri Besar Selangor, Yayasan Wakaf Malaysia, Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Damai Abadi, MyAqsa Defender, Glokal Ihsan, Iman Care, Fianz New Zealand, Alkhair Foundation UK, Pejabat YB Menteri Agama, Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM 1) yang menyumbang RM1 juta, serta Pejabat YAB Perdana Menteri (PMX).

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0XJtiko6xgycr6JsaDP3pENLkuLyL8HW8kcjaSfBokVptw9x264dKvVeitTJFoKEVl&id=61560592713513

Sumber: MAPIM Wilayah Timur 

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.