Siakap Keli
9 pelajar hilang
Sumber: New York Post

Pelajar Universiti Awam Maut Terjatuh Dari Tingkat 33

Pelajar Universiti Awam Maut Terjatuh Dari Tingkat 33

Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun, yang juga penuntut dari sebuah universiti awam, dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 33 sebuah pangsapuri di Kajang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat 12 pangsapuri tersebut.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan warga asing itu dipercayai tergelincir ketika cuba memanjat keluar dari tingkap kerana pintu tandas di bilik pangsapuri itu rosak.

“Kita terima maklumat daripada orang awam jam 6.34 petang mengenai kejadian.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” kata beliau dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang pada Khamis menunjukkan punca kematian susulan pelbagai kecederaan yang dialami akibat terjatuh dari ketinggian.

Tambah beliau, kes ini kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi, Asisten Komisioner Mohd Nasri Tesnoh di talian 017-7102042.

Orang ramai juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

BACA: Kemalangan Babit Lori Tangki & Kereta Di Jalan Segamat-Labis

BACA: Mayat Ditemukan Di Ruang Roda Pesawat United Airlines Di Lapangan Terbang Hawaii

BACA: Dua Penuntut Universiti Maut Kereta Terbabas Rempuh Penghadang Jalan

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.