Siakap Keli
Pas MyTourist

Berbaloi Guna Sehari, Lelaki Kongsi Guna Pas MyTourist, Makan & Shopping Ada Diskaun

Berbaloi Guna Sehari, Lelaki Kongsi Guna Pas MyTourist, Makan & Shopping Ada Diskaun

Lembah Klang memang terkenal dengan pelbagai tarikan menarik, dari tempat-tempat untuk dilawati, makanan yang sedap dan enak, hingga ke pusat hiburan moden. Menariknya, akses ke semua ini kini lebih mudah dengan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, dan bas Rapid.

Seorang lelaki bernama Azim baru-baru ini berkongsi pengalaman menariknya menggunakan Pas MyTourist, satu inisiatif yang membantunya menjimatkan kos perjalanan, makanan, dan pembelian ketika bersiar-siar di sekitar Lembah Klang. Apa rahsianya? Mari kita selami kisahnya.

Perjalanan Bermula dengan Pas MyTourist

Seawal 7:30 pagi, aku dengan kawan-kawan dah sampai di MRT Kajang untuk beli Pas MyTourist. Proses nak beli pas tu kat kaunter RapidKL memang senang giler, tak sampai 5 minit pun dah settle! 

Pas MyTourist
Gambar: MRT

Lepas tu, terus gerak ke destinasi pertama – sarapan kat Teh Tarik Place dekat MRT Mutiara Damansara. Lagi best, aku dapat diskaun 50% untuk teh tarik. Memang rasa puas hati bila jimat sambil makan sedap!

Pas MyTourist
Gambar: Teh Tarik Place

Habis sarapan, kami bergerak ke MyTOWN Shopping Centre. Aku dah siap plan nak beli barang sikit, dan dengan baucar eksklusif Pas MyTourist, memang berjaya jimat banyak. Tengah hari pulak, makan kat KFC. Siapa tak suka makan sedap sambil jimat dengan potongan harga 15%, kan?

Pas MyTourist
Gambar: MyTOWN Shopping Centre

Petangnya, aku sempat ke Menara KL dan Museum of Illusions Kuala Lumpur. Serius, pemandangan dari atas Menara KL memang lain macam cantiknya. Muzium tu pun best gila, penuh dengan aktiviti interaktif yang buat aku tak nak balik. Paling penting, dua-dua tempat ni ada diskaun 15% untuk tiket masuk.

Pas MyTourist
Gambar: Museum of Illusions Kuala Lumpur

Lepas tu, kami singgah pula kat taman tema Berjaya Times Square. Dengan diskaun 15% untuk yuran masuk, memang puas hati habiskan masa kat sini. Penutup hari kami pulak, makan malam kat Ombak Kitchen. Sebab bil kami lebih RM150, terus dapat potongan 10%. Hidangan dia pun tak mengecewakan langsung. Memang jadi ending yang sempurna untuk hari penuh aktiviti ni.

Pas MyTourist ni memang berbaloi. Selain perjalanan tanpa had, aku dapat jimat banyak dengan diskaun lebih RM500. Rasa macam nak repeat lagi, next plan aku nak cuba tempat lain yang ada dalam senarai diskaun macam Petrosains, Zus Coffee, dan Petronas Twin Tower. Nampak macam lebih menarik!

Apa Itu Pas MyTourist?

Untuk maklumat semua, pas MyTourist ialah pas perjalanan harian yang menawarkan akses tanpa had untuk semua perkhidmatan RapidKL, termasuk:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • BRT
  • Bas RapidKL
  • Bas pengantara MRT

Pas ini juga memberikan diskaun eksklusif di lebih 20 rakan kongsi seperti restoran, hiburan, dan pusat membeli-belah. Berikut adalah pilihan pas:

  • 1 Hari: RM20 (Warganegara) / RM40 (Bukan Warganegara)
  • 2 Hari: RM30 (Warganegara) / RM60 (Bukan Warganegara)
  • 3 Hari: RM40 (Warganegara) / RM80 (Bukan Warganegara)

Mengapa Pilih Pas MyTourist?

  1. Perjalanan Mudah dan Tanpa Had: Bebas menjelajah destinasi tanpa perlu membeli tiket tambahan.
  2. Nilai Hebat: Diskaun lebih RM500 di pelbagai lokasi menarik.
  3. Fleksibiliti Maksimum: Pas boleh diaktifkan dalam 7 hari dari tarikh pembelian.

Cara Mendapatkan Pas MyTourist

Pas ini boleh dibeli di pejabat perkhidmatan pelanggan RapidKL di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT, atau hab bas terpilih. Setelah diaktifkan, anda boleh terus menikmati perjalanan tanpa had di seluruh rangkaian RapidKL.

Pas MyTourist adalah cara paling bijak untuk menjelajah Lembah Klang. Dengan pelbagai diskaun hebat dan kemudahan perjalanan tanpa had, pengalaman anda pasti lebih mudah dan menyeronokkan. Jangan tunggu lagi! Rancang perjalanan anda dengan Pas MyTourist hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi RapidKL dan mulakan pengembaraan anda sekarang!

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.