Imbas Kembali 10 – 50 Tahun Lalu, Ini Urusan Paling ‘Famous’ Korang Pernah Buat Di BSN
Bank Simpanan Nasional (BSN) sememangnya didirikan di mana-mana, termasuklah di pekan-pekan kecil ataupun di kawasan kampung. Boleh dikatakan, orang ramai sangat memerlukan BSN atas pelbagai urusan. Sedangkan kita yang sudah menginjak dewasa ini pun mempunyai pelbagai pengalaman bersama BSN.
Selama 50 tahun dalam membantu dan menguruskan pelbagai urusan pelanggannya, terdapat banyak sebenarnya pengalaman jika hendak diungkit semula. Begitulah yang dikongsikan oleh warganet di sosial media, yang seakan mengimbas kembali pengalamannya berurusan bersama BSN di kawasan kampungnya.
Menurutnya, pengalaman tersebut sangatlah memberi manfaat dalam kehidupannya dan menganggap BSN selalu menjadi penyelamatnya. Aik, apa sebenarnya yang BSN buat?
Mungkin korang juga pernah mengalami pengalaman seperti ini, antaranya adalah urusan mengambil biasiswa sekolah di kaunter BSN. Seperti itulah yang dikongsikan oleh Fadzil melalui perkongsiannya di laman Facebook.
“Paling suka bila cikgu kata duit biasiswa dah boleh ambik, excited gila bawa buku bank warna oren tu pergi BSN sebab nak keluarkan duit. Kadang2 pergi sendiri, kadang pergi dengan ayah, atau kadang2 pergi ramai2 dengan kawan. Meriah terus BSN tu jadinya semua muka ada senyum. Paling best sebab staf BSN ni pun sentiasa senyum dan layan semua orang sama rata. Tak kisah la kau warga emas ke, budak sekolah ke, pegawai BSN sangat profesional menguruskan urusan pelanggannya”
Selain mengeluarkan biasiswa di BSN, ramai juga yang mempunyai pengalaman sangat berharga di BSN, iaitu ketika membeli no pin UPU di kaunter BSN. Nampak remeh, namun pengalaman itulah yang akan diingati sehingga tua kerana ia bagaikan permulaan perjalanan ke alam universiti sehinggalah sudah bekerja sekarang.
“Nak beli pin UPU pun boleh beli kat BSN. Pergi je kat bank kata nak beli pin UPU, diorang pandailah nak uruskan. Tapi itulah, bila dah waktu untuk beli tu, confirm lah ramai jadinya. Nasib baik staf semua pandai kawal keadaan dan efisien bila buat kerja. Jadinya masa menunggu untuk ke kaunter takdalah lama sangat.
Antara pengalaman lain yang pernah dialami oleh kebanyakan orang terutamanya warga emas adalah mengambil duit bantuan daripada Kerajaan di BSN disebabkan tiada akaun bank. BSN memberikan kemudahan kepada sesiapa yang layak mendapatkan bantuan untuk mengeluarkannya melalui urusan di kaunter, walaupun tidak mempunyai akaun bank.
Disebabkan itulah boleh dikatakan BSN sangat dekat dengan masyarakat Malaysia, setelah berdiri dengan megah selama 50 tahun dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Melihat kepada zaman sekarang, Fadzil turut katakan yang BSN ni sama sahaja seperti dulu. Dari dulu lagi suka bantu orang, sekarang pula lagi menjadi-jadi dia punya bantuan untuk mudahkan orang. Jika dilihat sekarang, banyak aktiviti yang dianjurkan oleh BSN untuk turut serta bersama masyarakat.
BSN Care 50 Hari Memberi
Sempena ulang tahun ke 50 BSN, mereka telah menganjurkan BSN Care 50 Hari Memberi dengan pelbagai aktiviti dan misi bantuan yang dilakukan. Mengikut rekod, 50 aktiviti CSR telahpun dijalankan oleh BSN di bawah Program BSN Care 50 Hari Memberi ini dan kesemuanya telah pun berlangsung dengan jayanya. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti berikut:-
- BSN Care Plant & Paddle, Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor
BSN telah menanam 80 pokok bakau sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), sekaligus mengukuhkan dedikasinya untuk memupuk masa depan yang lebih hijau untuk generasi akan datang.
- BSN Care – Aktiviti Pembersihan Pantai, Pelepasan Anak Ikan dan Penanaman Semula Terumbu Karang, Melaka
Aktiviti pembersihan pantai, pelepasan benih ikan, dan penanaman pemulihan terumbu karang di Taman Laut Melaka.
- BSN Care – Turtle Heroes: Melaka’s Hawksbill Ninjas di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting di Melaka bertujuan untuk memelihara penyu dan habitatnya sambil mempromosikan amalan lestari. Aktiviti yang dijalankan semasa inisiatif tersebut termasuk pembersihan kawasan konservatori, penggantian mentol lampu, sumbangan pasir untuk telur penyu, dan pemberian ‘tab’ untuk anak penyu.
- Perburuan Pleco (Ikan Bandaraya) di Denai Langat, Selangor
Aktiviti CSR dengan kerjasama ‘Pertubuhan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya’ bertujuan untuk memelihara ekosistem sungai di sekitar Lembah Klang daripada spesies invasif seperti Pleco, ikan keli Afrika, baung, ikan keli Siam, dan tilapia merah. Program ini dijalankan di Denai Langat untuk memastikan kelestarian alam sekitar dengan menangkap Pleco, yang dikenali sebagai spesies invasif dalam ekosistem sungai. Selain itu, aktiviti juga merangkumi pelepasan ikan tempatan ke dalam sungai.
- BSN Care – Teroka Alam di Sungai Batangsi, Selangor
Satu inisiatif CSR melibatkan penanaman pokok limau nipis dan limau kasturi, pelepasan ikan ke dalam sungai, serta penuaian sayur-sayuran untuk disumbangkan kepada komuniti setempat.
- Aktiviti penanaman pokok mempromosikan penjagaan alam sekitar dengan meningkatkan ekosistem, menarik penyerbuk, dan menyokong hidupan liar tempatan.
- Pelepasan spesies ikan tempatan seperti lampam dan kelah membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem sungai.
- Selain itu, BSN menyokong komuniti setempat dengan membeli dan menuai sayur-sayuran segar yang ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sungai Batangsi.
- BSN Care Bersama Pusat Transit Gelandangan, Jalan C.Y.Choy, Pulau Pinang
BSN, dengan kerjasama Pusat Transit Gelandangan, Jalan C.Y. Choy, Pulau Pinang, telah menganjurkan satu inisiatif CSR yang bertujuan untuk membantu komuniti gelandangan.
- Seramai 30 kakitangan mengambil bahagian dengan menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma, mengagihkan sarapan, dan menjalankan aktiviti gotong-royong.
- BSN Care – Menceriakan Zoo Melaka, Melaka
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan di Zoo Melaka melalui aktiviti membersihkan kawasan sekitar, melukis mural di dinding Zon Sentuhan, dan menyumbangkan barangan penting seperti penyembur air, hos, bangku, makanan, serta keperluan lain untuk haiwan. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong penjagaan zoo tetapi juga memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan melalui usaha CSR yang bermakna serta menggalakkan penglibatan komuniti.
- BSN Care – Kenyir Elephant Conservation Village, Terengganu
Satu aktiviti CSR yang memfokuskan kepada pemuliharaan hidupan liar, khususnya gajah, telah dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Di Raja Sultan Mizan (YDSM) dan Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), di mana BSN juga mengambil langkah simbolik dengan menaja seekor anak gajah bernama Gawi sebagai gajah angkat. Program ini merangkumi aktiviti membersihkan kawasan konservasi untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan hidupan liar sambil memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan dan masyarakat setempat.
- BSN Care Bridging Disabilities bersama Riding Diasble Association, Kuala Lumpur
Inisiatif ini melibatkan penyertaan dalam proses terapi bersama kanak-kanak istimewa melalui aktiviti menunggang kuda. Kakitangan BSN berperanan sebagai pembantu sisi semasa sesi terapi, yang memberikan peluang kepada kanak-kanak, khususnya mereka yang menghidap autisme, palsi serebrum, dan sindrom down, untuk merasai manfaat terapi menunggang kuda. Selain itu, kakitangan turut membersihkan kandang kuda dan kawasan mandian kuda sebagai sebahagian daripada program CSR ini.
- BSN Care – Protecting Against Scam and Cyberbully, SK Kantan Permai, Kajang, Selangor
Satu program kesedaran mengenai buli siber, keselamatan internet, dan penipuan dalam talian telah dianjurkan untuk pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kantan Permai. Inisiatif ini menekankan kepentingan mendidik pelajar mengenai isu-isu kritikal ini, sambil menyoroti keperluan mendesak untuk kesedaran, serta memberi mereka pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengharungi landskap digital masa kini.
- BSN Care – Empowering Tomorrow: Sekolah Kebangsaan Sungai Mas, Pahang (Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pahang)
Satu inisiatif telah dianjurkan untuk meningkatkan kemudahan sekolah dan mewujudkan persekitaran yang lebih menarik bagi pelajar. Usaha-usaha tersebut termasuk penambahbaikan infrastruktur untuk Sudut Pidato dan pengubahsuaian perpustakaan. Klinik latihan ragbi pengenalan (dengan kerjasama Persatuan Ragbi Pahang) juga diadakan bersama dengan peningkatan kemudahan bola sepak. Selain itu, program literasi kewangan melalui aktiviti treasure hunt dan mewarna, serta peningkatan sudut dinding seni sebagai ruang untuk pelajar meluahkan idea dan kreativiti mereka turut dilaksanakan.
- BSN Care: Jalan-Jalan Selamat Hari Malaysia, RNR Rawang (Arah Utara)
Seiring dengan hujung minggu panjang sempena Hari Malaysia, peningkatan aktiviti perjalanan dijangka berlaku apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti. Menyedari perkara ini, BSN telah melaksanakan inisiatif CSR dengan mengedarkan Kit Kecemasan Kenderaan di bawah Segmen Keselamatan dan Kesihatan BSN Care. Kit tersebut direka untuk meningkatkan kesedaran keselamatan perjalanan dan dilengkapi dengan alat kecemasan seperti kon jalan yang boleh dilipat, kabel jumper, tali penunda, sarung tangan kerja, pisau Swiss serbaguna, pengukur tayar, dan pemadam api 0.5L.
- BSN Care: Kampung Angkat MADANI – Memperkasa Komuniti Penjaja Pasar Malam Kampung La, Hulu Besut, Terengganu
Sebuah kerjasama dengan Kementerian Kewangan sempena inisiatif ‘Kampung Angkat MADANI Kementerian Kewangan’ di mana BSN memberi fokus kepada peningkatan kawasan pasar malam Kampung La. Program ini termasuk penambahbaikan jalan laluan di kawasan pasar malam, menyumbang khemah, apron, dan topi untuk peniaga pasar malam, serta melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai melalui DuitNow QR Pay, bersama dengan penyelesaian kotak suara. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan peniaga agar dapat menjalankan transaksi tanpa tunai, sejajar dengan perjalanan digitalisasi BSN dan meningkatkan kecekapan operasi.
Kempen BSN Care 50 Hari Memberi ini nampaknya sangat membawa impak yang positif terhadap masyarakat dan juga pihak BSN sendiri. Segala khidmat dan program CSR yang dijalankan adalah untuk lebih dekat dengan masyarakat di samping membantu dari pelbagai bidang. Sempena dengan ulang tahun ke 50 BSN, sangatlah tepat untuk diraikan melalui program BSN Care 50 Hari Memberi daripada BSN.
Kalau korang nak tahu lebih lagi mengenai BSN Care 50 Hari Memberi ataupun apa-apa maklumat berkaitan BSN, korang boleh layari BSN50Tahun, laman web BSN di www.bsn.com.my dan IG, FB & TikTok di @bsnmalaysia