Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: BSN
Tiada Kategori

Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

Athirah

Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

Setiap tahun, Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) menjadi perhatian setiap kali pemenang yang bergelar jutawan diumumkan.

Bagai bulan jatuh ke riba, itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan nasib seseorang apabila menjadi pemenang Cabutan Jutawan ini.

Masa itu, ramai pula yang ‘claim’ jadi saudara ataupun kawan baik dengan pelbagai cara dan ragam yang menghiburkan.

Untuk pengetahuan, dah lebih 100 jutawan telah dinobatkan manakala ada lagi 3 jutawan yang bakal diumumkan untuk bulan Oktober sehingga bulan Disember 2024.

Kredit: BSN

Mungkin juga rezeki korang untuk menjadi salah seorang jutawan ‘segera’. Tetapi macam mana nak menang? Jom tengok apa yang pemenang terdahulu buat sampai boleh dapat RM1 juta.

3 pemenang Cabutan Jutawan dedah ‘rahsia’ kepada orang ramai

Pada tahun 2021, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melakar sejarah apabila dipilih menjadi jutawan. Difahamkan, remaja ini mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang menyimpan melalui platform itu secara konsisten bagi tujuan pendidikan.

Dalam pada itu, Johni Satur yang merupakan seorang penoreh getah telah menyimpan wang di BSN SSP dengan menggunakan wang KWSP.

Bagi Mohd Nazri Abd Wazir pula, beliau telah menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan.

Mohd Nazri berkata beliau memilih membuat simpanan dalam BSN SSP kerana berminat dengan hadiah lumayan yang ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan.

Kesimpulannya, ketiga-tiga pemenang ini membuat simpanan di BSN SSP secara konsisten dan rezeki mereka menang BSN SSP RM1 juta melalui Cabutan Jutawan BSP SSP.

Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi jutawan BSN SSP

Apa yang perlu korang buat untuk berpeluang menjadi salah seorang jutawan BSN SSP adalah korang perlu membuat simpanan secara konsisten setiap bulan.

Tambah simpanan di dalam akaun setiap bulan merupakan perkara ‘wajib’ yang korang tak boleh tinggalkan. Selain itu, korang juga perlu elakkan atau kurangkan pengeluaran duit dari akaun BSN SSP. Kalau tidak, makin tipis lah peluang korang untuk menang nanti.

Bagaimanapun, korang jangan lupa mengemaskini info terkini di cawangan untuk memastikan korang layak untuk cabutan-cabutan istimewa seperti Cabutan Guru dan Barisan Hadapan.

Kredit: BSN

Di samping itu, terdapat 10 kategori cabutan yang telah diperkenalkan oleh BSN SSP untuk korang menangi. Untuk merasai pengalaman cabutan bertuah ini, korang boleh kunjungi Karnival BSN SSP di negeri-negeri terpilih setiap bulan.

Apa yang lagi best adalah Cabutan Jutawan bulan Disember memberi peluang kepada satu pemenang untuk memenangi BSN SSP sebanyak RM2,000,000!

Apa faedah lain yang korang akan dapat sekiranya menabung di BSN SSP? Antara faedah yang ditawarkan ialah korang bakal menikmati kadar keuntungan sehingga 2.50% apabila menyimpan dengan BSN SSP Platinum (save, earn and win).

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati ganjaran menarik dengan BSN SSP. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.bsn.com.my.