Siakap Keli
Penyakit Gusi
Kredit: Hello Doktor

Penyakit Gusi Tingkatkan Risiko Masalah Jantung 

Penyakit Gusi Tingkatkan Risiko Masalah Jantung 

Gigi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu mengosok gigi sebanyak dua kali sehari untuk mengelakkan masalah bau mulut atau kerosakan yang teruk.

Ramai yang memiliki masalah seperti gusi berdarah setiap kali memberus gigi. Adakala ia mungkin disebabkan memberus gigi terlalu kasar ataupun tidak mengikut teknik yang betul.

Kebanyakkan orang menganggap itu mungkin perkara biasa disebabkan teknik berusan yang kurang tepat.

Malah, kita mungkin tidak terlalu bimbang kerana pendarahan yang berlaku tidak teruk dan darah tersebut akan berhenti mengalir sebaik sahaja berkumur beberapa kali.

Gejala gusi berdarah boleh jadi punca masalah kesihatan

Menurut hantaran Public Health Malaysia di Facebook, semuanya bermula dengan sesuatu yang kecil seperti gejala gusi berdarah setiap kali memberus gigi.

Kemudian individu mula mengalami bau mulut yang kuat dan gusi menjadi semakin bengkak.

Gejala gusi berdarah ini boleh menjadi punca masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung. Malah apabila gusi dijangkiti, bakteria pada gusi boleh menyebabkan keradangan kronik dalam saluran darah.

Selain itu, ia turut mencetuskan pembentukan plak dalam arteri dan menyumbat saluran darah ke jantung.

Gusi bengkak berisiko mengancam nyawa

Public Health Malaysia berkata, ia juga mampu menyerang injap jantung yang mengakibatkan jangkitan serta kerosakan injap jantung yang mengancam nyawa.

“Jangan abaikan! Setiap kali anda menangguhkan pemeriksaan gigi, anda sebenarnya mengambil risiko untuk kesihatan jantung anda

“Kesihatan mulut adalah lebih daripada sekadar menjaga gigi putih dan senyuman cantik. Ia adalah perisai untuk jantung anda,” ujar hantaran itu.

Bagaimana penyakit gusi dapat dicegah?

Menurut portal Hello Doktor, penyakit gusi dapat dicegah sekiranya seseorang mengamalkan kebersihan mulut yang betul dan konsisten dapat mencegah penyakit gusi. Ini termasuk:

  • Menemui doktor gigi dengan kerap
  • Gosok gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi fluorida
  • Flos gigi setiap hari

Makan makanan seimbang juga amat penting untuk mencapai dan menjaga kesihatan gigi yang baik.

BACA: Tiada Sebarang Keputusan Mengenai Kenaikan Tarif Elektrik Semenanjung Sehingga Kini – Fadillah

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/pfbid03R4ACBNwLgtXNog2towT69XWdJBeKUaXbE7TNg5xAWhAP2SypM4maZZvUb2TzJy7l

BACA: Suami ‘Panik’, Salah Umur Isteri Masa “Suprise” Sambut Hari Jadi

Sumber: Public Health Malaysia via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.