Siakap Keli
Sayap Pesawat Terbakar
Gambar: X

Penumpang Berdepan Detik Cemas, Sayap Pesawat Terbakar Ketika Lakukan Pendaratan

Penumpang Berdepan Detik Cemas, Sayap Pesawat Terbakar Ketika Lakukan Pendaratan

Sekurang-kurangnya 80 penumpang pesawat Air Canada berdepan detik cemas selepas salah satu sayap pesawat itu tergelincir di atas permukaan landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Halifax, lapor News18.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 9.30 malam waktu tempatan itu menyebabkan kebakaran pada sebahagian daripada bahagian pesawat itu, petik CBC News.

Difahamkan, ketika pesawat itu ingin melakukan pendaratan mengalami masalah, selepas melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang St. John’s.

Salah seorang penumpang Nikki Valentine berkongi detik-detik cemas itu apabila mendengar bunyi kuat seperti kemalangan.

“Pesawat mula condong, kemudian kami mendengar bunyi yang sangat kuat seperti bunyi kemalangan.

“Pesawat bergoncang dengan kuat dan kami mula melihat api di sebelah kiri pesawat dan asap mula masuk melalui tingkap,” katanya kepada CBC News

https://x.com/nicksortor/status/1873226466025959665?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1873226466025959665%7Ctwgr%5E44f2286ff7872d44b70f3ef80601da19c38eae50%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fm.economictimes.com%2Fnews%2Finternational%2Fglobal-trends%2Fair-canada-plane-catches-fire-during-landing-shuts-down-halifax-airport-temporarily%2Farticleshow%2F116761280.cms

https://x.com/BNONews/status/1873224519030325603?s=19&fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3AIdH4kQZDWEjfAPu3Rud3TUZGHEPpcLAY-6WOiEQzPNI4_LcC8JqaiVI_aem_mEwJgTAtFua9jt-ykZtqUg

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penumpang dipindahkan, dibawa ke hangar untuk diperiksa oleh pasukan perubatan.

Terdahulu, sebuah pesawat yang membawa 181 orang terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kesemua mangsa dipercayai maut kecuali dua orang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kejadian berlaku sekitar 9.07 pagi ketika pesawat Jeju Air cuba melakukan pendaratan cemas, namun gagal hingga merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang terletak kira-kira 288 kilometer di barat daya Seoul.

Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 85 kematian disahkan setakat ini.

Seorang penumpang dan seorang kru, kedua-duanya wanita berjaya diselamatkan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Bangkok itu membawa 181 orang, termasuk enam kru, dengan kebanyakan penumpang adalah warga Korea, kecuali dua warganegara Thailand.

Rakaman video yang disiarkan oleh stesen TV tempatan menunjukkan pesawat berkenaan cuba mendarat tanpa gear pendaratan yang digunakan.

BACA: Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas

Sumber: News18

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.