Bangun Dari Tidur Asyik Nyanyi Lagu Sama, Ibu Dedah Anak Ketagih Lagu “APT”
Lagu berjudul APT dendangan penyanyi terkenal Korea Selatan, Rose Blackpink bersama Bruno Mars yang dilancarkan dua bulan lepas masih lagi menjadi bualan di serata dunia.
Lagu tersebut menjadi salah satu hit terbesar pada 2024 dan video muzik rasminya sudah pun mengumpul lebih 700 juta tontonan setakat ini.
Namun siapa sangka, lagu yang disasarkan untuk pendengar dewasa itu turut memberi kesan kepada kanak-kanak, seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita baru-baru ini.
Menurut portal CNA Lifestyle, @closeto_u_ memuat naik satu video ke Instagram yang menunjukkan gelagat anak lelakinya yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
“Rose, Bruno Mars… Tolong selamatkan anak saya, yang ketagih dengan APT dari saat dia bangun tidur hingga sebelum dia tertidur,” ujarnya.
Ibu dedah anak ketagih lagu APT, bangun je tidur terus nyanyi
Dalam video tersebut, anak wanita itu dilihat sedang menari dan menyanyikan sepotong lirik APT sewaktu @closeto_u_ sedang tidur.
Warga maya pada awalnya menyangka ia merupakan rakaman pendek yang diulang berkali-kali.
Namun mereka berasa terkejut apabila mendapat tahu ia adalah sebuah rakaman penuh berterusan yang menunjukkan kanak-kanak itu menyebut “Apateu, apateu” selama lebih 40 saat.
CNA Lifestyle berkata, video berkenaan telah meraih lebih daripada 15 juta tontonan setakat ini. Bahkan ia turut mendapat perhatian penyanyi lagu berkenaan, Rose.
https://www.instagram.com/reel/DD9xAQUz6fc/?utm_source=ig_web_copy_link
BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000
BACA: Pernah Disuruh Minta Sedekah, Pelukis OKU Buktikan Mampu Berdikari Cari Rezeki
Dalam satu komen yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan, Rose memohon maaf kepada wanita tersebut dengan apa yang berlaku.
Terdahulu, APT turut memasuki senarai tidak rasmi lagu yang tidak boleh didengar oleh pelajar semasa ulang kaji pelajaran, lapor Koreaboo.
Lirik lagu berkenaan dikatakan terlalu catchy dan mudah melekat dalam kepala, sehingga boleh mengganggu fokus kepada pelajaran.
BACA: Lirik “Catchy”, Lagu APT Masuk Senarai ‘Dilarang Dengar’ Untuk Pelajar Korea Selatan
Sumber: CNA Lifestyle