Siakap Keli
apt dilarang dengar korea
Kredit: Youtube

Lirik “Catchy”, Lagu APT Masuk Senarai ‘Dilarang Dengar’ Untuk Pelajar Korea Selatan

Lirik “Catchy”, Lagu APT Masuk Senarai ‘Dilarang Dengar’ Untuk Pelajar Korea Selatan

Lagu berjudul APT dendangan penyanyi terkenal Korea Selatan, Rose Blackpink bersama Bruno Mars kini menjadi bualan banyak pihak di serata dunia.

Lirik dan irama lagu berkenaan dikatakan sangat catchy dan cepat menangkap telinga para pendengarnya.

Meskipun begitu, lagu popular berkenaan turut terpalit dengan beberapa kontreversi sejak kebelakangan ini.

Terbaru menerusi laporan sebuah portal hiburan Korea Selatan, lagu berkenaan kini dimasukan dalam senarai lagu ‘dilarang’ daripada didengar oleh pelajar di sana.

Dikenali sebagai senarai ‘Lagu Terlarang’, senarai tidak rasmi itu merangkumi pelbagai lagu catchy yang disifatkan tidak sesuai di dengar semasa sedang belajar.

Antara lagu yang diletakkan dalam senarai tersebut adalah Next Level (aespa), Zimzalabim (Red Velvet) dan Ring Ding Dong (SHINee).

Lagu APT masuk senarai lagu ‘dilarang dengar’ untuk pelajar Korea Selatan

Manakala, lagu APT adalah lagu terbaru yang diletakkan dalam senarai tersebut oleh pelajar-pelajar Korea Selatan.

Menurut Koreaboo, lagu APT didakwa boleh mengganggu tumpuan pelajar sekiranya didengar ketika mereka sedang belajar atau mengulangkaji pelajaran.

Melodi dan konsep lagu berkenaan yang menjadi viral dikatakan boleh menyebabkan fokus belajar terganggu dengan sangat mudah.

Ia sekaligus didakwa boleh menjejaskan fokus pelajar, terutamanya mereka yang sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan.

Lirik terlalu cathcy dan mudah melekat dalam kepala

Malah, ada pelajar yang mendakwa lirik lagu berkenaan melekat sangat kuat dalam ingatan mereka dan sukar dilupakan.

Bagaimanapun menurut Koreaboo lagi, penyenaraian lagu APT dalam senarai tidak rasmi itu juga boleh menjadi petanda positif kepada kejayaan lagu berkenaan.

Ini kerana, ia sedikit sebanyak memberi pengiktirafan bahawa lirik dan melodi lagu berkenaan digarap dengan baik dan menarik perhatian banyak pihak.

Untuk makluman, lagu ‘APT’ nyanyian duet dari Rose & Bruno Mars masih lagi menjadi antara topik trending di pelbagai platform media sosial.

Lagu berkenaan menemui peminat selepas dilancarkan menerusi saluran Youtube milik Rose sendiri pada 18 Oktober lepas.

Setakat ini, lagui berkenaan sudah pun berjaya mengumpul lebih 200 juta tontonan.

BACA: Digelar ‘Steve Irwin’ Afrika Selatan, Raja Ular Meninggal Dunia Dipatuk Tedung

BACA: “Basic Mahal Ni”, Kucing Pakai Baju Shell Perati Orang Isi Minyak Bikin Ramai Terhibur

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Sumber: Koreaboo

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.