Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Kucing Pakai Uniform
Kredit: @maziahnasir_ via TikTok
Tiada Kategori

“Basic Mahal Ni”, Kucing Pakai Baju Shell Perati Orang Isi Minyak Bikin Ramai Terhibur

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Basic Mahal Ni”, Kucing Pakai Baju Shell Perati Orang Isi Minyak Bikin Ramai Terhibur

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai orang oleh kerana sifatnya yang comel dan manja mampu menawan hati siapa sahaja yang melihat telatahnya.

Setiap aksi dan gerak-gerinya sering membuatkan orang terhibur. Ada sahaja kelaku si bulu ini yang mampu menawan hati tuannya setiap hari.

Kadang-kala, si bulu ini duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa pun tetap kelihatan comel, kan?

Kucing pakai uniform stesen minyak Shell buat ramai ‘geram’

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video apabila seekor kucing sedang bersantai di salah sebuah stesen minyak yang menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @maziahnasir_, seekor kucing putih bertompok hitam dilihat memakai baju uniform stesen minyak Shell berwarna merah dan kuning berada di kawasan tersebut.

Gelagatnya sedang memerhatikan kenderaan dan orang ramai yang lalu lalang turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang melihatnya.

“Mesti gaji basic dia mahal kan?”

Dengan sikap yang tenang, kucing tersebut seakan-akan sedang bertugas dan memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang lebih melucukan ialah tingkah lakunya seperti seorang majikan sedang melakukan pantauan.

Video berdurasi 00:13 saat itu turut memaparkan keadaan kucing tersebut yang tidak takut dengan kawasan sekelilingnya. Difahamkan, si comel ini sedang ‘bertugas’ di sebuah stesen Shell di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @maziahnasir_.

Di samping itu, ada yang bergurau bahawa kucing tersebut bukanlah pekerja, namun ia adalah ‘pemilik’ stesen minyak tersebut.

Terdahulu, tular seekor kucing digelar ‘Cetel’ yang dilantik sebagai duta aplikasi Setel yang dibangunkan oleh Petronas.

Kucing berwarna oren, putih dan hitam itu menjadi tular apabila satu hantaran oleh pengguna X yang membuat aduan terhadap ‘pekerja’ tersebut.

Ini disebabkan ‘pekerja’ berkenaan telah melanggar etika bertugas dan tidur ketika sedang ‘bekerja’.

Lanjutan daripada itu, hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai dan pihak pengurusan Petronas.

BACA: Jentera Ikonik, Skyline GT-R32 ‘Ori’ Dicuri Dari HQ Nissan Australia

Sumber: maziahnasir_ via TikTok