Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Raja Ular Afrika Selatan
Kredit: The Sun UK

Digelar ‘Steve Irwin’ Afrika Selatan, Raja Ular Meninggal Dunia Dipatuk Tedung

Athirah

Digelar ‘Steve Irwin’ Afrika Selatan, Raja Ular Meninggal Dunia Dipatuk Tedung

Seorang Youtuber terkenal, Graham ‘Dingo’ Dinkelman dilapor meninggal dunia pada Sabtu lepas akibat komplikasi dipatuk ular tedung.

Menurut The Sun UK, berita kematian mediang disahkan sendiri oleh isterinya, Kirsty.

“Dingo bertarung untuk terus bertahan dalam tempoh sukar ini. Kami sedar dia telah mencuba sehabis daya untu terus berada di samping kami.

“Namun, walaupun dengan kekuatan dan ketahanannya, suami yang saya kasihi pergi buat selamanya pada Sabtu lepas sambil ditemani ahli keluarga terdekat,” kata Kirsty.

Graham ‘Dingo’ Dinkelman yang turut digelar ‘Steve Irwin Afrika Selatan’ dipatuk reptilia berbahaya itu kira-kira sebulan yang lalu.

Sejak itu, dia berdepan dengan masalah kejutan anaphylactic iaitu situasi reaksi alahan kronik yang mengancam nyawa.

Dalam tempoh berkenaan, mendiang yang juga ahli pemulihara hidupan liar dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Afrika Selatan.

Menurut The Sun UK, bapa kepada tiga orang anak itu diletakkan dalam keadaan koma dan berada bawah ubat penenang dengan harapan badannya memiliki masa untuk pulih.

Sering melakukan pelbagai aksi berbahaya bersama reptilia berbisa

Graham ‘Dingo’ Dinkelman sering melakukan aksi berbahaya seperti mendiang Steve Irwin, yang merupakan seorang personaliti televisyen popular dari Australia.

Sebelum ini, Graham ‘Dingo’ Dinkelman dikenali ramai disebabkan pelbagai aksi berbahaya bersama reptilia berbisa.

Dia memiliki lebih 100,000 langganan di saluran Youtube dan lebih 400,000 pengikut di Instagram.

Untuk rekod, Steve Irwin yang juga seorang penjaga zoo di Australia merupakan personaliti televisyen yang sangat popular menerusi rancangan The Crocodile Hunter.

Aksi mendiang ketika berdepan dengan haiwan liar dan buas menerusi rancangan tersebut sering mengejutkan penonton di serata dunia.

Bagaimanapun, mendiang meninggal dunia pada 20024, selepas ditusuk ekor ikan pari ketika menjalani penggambaran satu rancangan di Great Barrier Reef.

BACA: MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Kong-Rey

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Sumber: The Sun UK