Dua Pegawai Kemanusiaan MAPIM Terkorban Dalam Serangan Udara Di Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memaklumkan dua pegawai kemanusiaan lapangan organisasi tersebut terkorban dalam satu serangan udara di Gaza sebentar tadi.
Menerusi muat naik di laman Facebook pertubuhan tersebut, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, Dato Sani Arabiy memaklumkan Shadi Afana dan Saed Al-Ghafir terkorban ketika berada di kawasan Hospital Al-Wafa, Gaza City berhampiran kawasan Al-Saryia.
“Kedua-dua mereka adalah insan yang luar biasa berdedikasi, sentiasa mengiringi dan membantu misi-misi kemanusiaan di Gaza. Sejak 10 tahun yang lalu, mereka menjadi wakil MAPIM dan rakyat Malaysia dalam menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan kepada saudara kita di bumi Gaza,” ucapnya.
Sani turut menyifatkan pengorbanan mereka lambang keikhlasan dan keberanian yang tidak ternilai.
Dalam pada itu, pihak MAPIM turut mengutuk serangan yang tidak berperikemanusiaan ini, mengakibatkan mereka yang ingin membantu sesama insan kehilangan nyawa.
https://www.facebook.com/MAPIMMalaysia/posts/pfbid02NP8TTNUzjQdH4Yt7whMcVts5v4UjpZ5nJwuwN3LRmdTzHHrh8DgVDjuwxUP2eendl
Populasi Semenanjung Gaza Menurun 6 Peratus Pada 2024
Sebelum ini, Bernama melaporkan lebih 45,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, menurut Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
PCBS berkata dengan 98 peratus daripada angka korban itu berlaku di Semenanjung Gaza, ia menjadi jumlah kematian tertinggi dalam sejarah konflik Arab-Israel.
“Penduduk Semenanjung Gaza telah menurun sebanyak enam peratus menjelang akhir 2024,” menurut PCBS.
Presiden PCBS Ola Awad semasa menyampaikan taklimat mengenai status rakyat Palestin menyatakan bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami kerugian besar dari segi kemanusiaan dan material, dengan seluruh kawasan perumahan musnah, keluarga dipadamkan daripada rekod sivil dan infrastruktur penting musnah.
Menurut PCBS, ekonomi Gaza juga telah runtuh dengan kadar pengangguran melonjak kepada 80 peratus dan sumbangannya kepada keseluruhan ekonomi Palestin menurun kepada kurang daripada lima peratus berbanding kira-kira 17 peratus sebelum 7 Okt 2023.
BACA: 4 Rakyat Malaysia Terlibat Kemalangan Bas Di Norway – Wisma Putra
BACA: Hospital Utama Terakhir Di Utara Gaza Diserbu, Tidak Lagi Berfungsi – WHO
Sumber: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)