Siakap Keli
Gol Safawi Rasid liverpool
Gambar: Stadium Astro

Gol Safawi Rasid Buat Pemain Liverpool ‘Terpukau’

Gol Safawi Rasid Buat Pemain Liverpool ‘Terpukau’

Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold terpukau selepas melihat teknik sepakan percuma cantik pemain Terengganu FC, Safawi Rasid, lapor Stadium Astro.

Menerusi perkongsian di Youtube Stadium Astro, pemain berusia 27 tahun itu terpesona melihat seni jaringan yang dilakukan oleh tonggak Terengganu terbabit.

Reaksi Trent dalam klip itu jelas menunjukkannya cukup terkesima dengan gaya sepakan tersebut.

Selain Safawi, jaringan pemain Sri Pahang, Manuel Hidalgo dan Juan Muniz Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk Paulo Josue (KL City) turut diberi pengiktirafan terbaik oleh pertahanan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Faisal Halim Gondol Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023

Terdahulu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi menobatkan pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim sebagai pemenang dalam kategori Anugerah Gol Terbaik Piala Asia Qatar 2023.

AFC menerusi satu hantaran di platform rasmi X mendedahkan pemain itu dipilih sebagai pemenang bagi kategori berkenaan menerusi undian peminat

Dalam undian itu, menyaksikan pemain Selangor FC terbabit meraih undian sebanyak 85 peratus undian, mengungguli tempat pertama daripada tujuh pemain yang turut disenaraikan sebagai calon pemenang gol terbaik kejohanan.

Faisal mengetepikan bintang Jordan dan Montpellier, Mousa Al-Tamari  yang menduduki tangga kedua dengan sembilan peratus undian diikuti oleh Kapten Korea Selatan dan Tottenham Hotspur dengan tiga peratus.

Sementara pemain dari Republik Iran Sardar Azmoun dan Thailand, Supacok Sarachat meraih undian satu peratus.

Manakala Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) dan Hassan Al Haydos (Qatar) masing-masing hanya mendapat undian kurang dari satu peratus.

BACA: Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024

BACA: Hujan Berterusan Dijangka Landa Empat Negeri, 4-6 Januari Ini

BACA: Senarai Telefon Lama Ini Tak Boleh Guna Whatsapp Bermula 2025

Sumber: Stadium Astro

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.