Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Berterusan Dijangka Landa Empat Negeri, 4-6 Januari Ini

Athirah
Tahap Waspada Di 4 Negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 4 Negeri Hingga 6 Januari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap waspada yang melibatkan empat buah negeri bermula 4 hingga 6 Januari ini.

Menurut hantaran di Facebook agensi cuaca berkenaan, amaran tersebut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Johor.

Di Kelantan, amaran ini melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala bagi negeri Pahang pula, amaran yang dikeluarkan meliputi kawasan Jerantut, Maran, Kuatann, Pekan dan Rompin.

Bagi negeri Johor, daerah yang terlibat dalam amaran hujan lebat berterusan tahap waspada itu adalah Mersing dan Kota Tinggi.

Orang ramai diminta mengikuti perkembangan terkini dari METMalaysia

Penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Ribuan Penuhi Masjid, Solat Subuh Berjemaah Di Pagi Tahun Baru

BACA: Lesen Penyedia Media Sosial Mula Berkuat Kuasa Hari Ini

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia