Siakap Keli
Kredit: JAKIM via Facebook

Ribuan Penuhi Masjid, Solat Subuh Berjemaah Di Pagi Tahun Baru

Ribuan Penuhi Masjid, Solat Subuh Berjemaah Di Pagi Tahun Baru

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan program GEMA 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, petang semalam.

Menerusi hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM di Facebook, program berkenaan telah bermula pada 6 petang sehingga 9 pagi (1 Januari 2025).

Program itu merupakan inisiatif 14 agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rakan strategik, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), MyFundAction dan Du’at Al-Falah.

Dalam pada itu, JAKIM turut mengadakan forum khas bertajuk “Demi Masa” bersama ahli panel iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustaz Muhammad Haris bin Mohd Ismail (PU RIZ).

Program yang dijalankan ternyata mendapat sambuat luar biasa daripada penduduk yang tinggal di Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

Ribuan pengunjung membanjiri Masjid Putra dan suasana #SubuhMacamJumaat juga dapat dilihat ketika waktu solat subuh pagi tadi.

Program GEMA 2025 ini telah berjalan dengan lancar

“Alhamdullilah, subuh seperti Jumaat. Mari kita mulakan hari dengan doa dan harapan, semoga setiap langkah diberkati dan dipermudahkan.

“Di pagi yang penuh barakah, kami memanjatkan doa dan bermunajat kepada Allah agar diperteguhkan iman dan akidah, mendepani segala ujian dan mehnah, menggalas tanggungjawab untuk ummah, melunaskan amanah sebagai khalifah,” ujar hantaran itu.

Program itu merupakan inisiatif 13 agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama beberaparakan strategik.

Antaranya adalah MAPIM, MyFundAction, dan Du’at Al-Falah, serta Masjid Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

“Masjid bukan sekadar pusat ibadah, tetapi juga tempat perpaduan”

Menurut JAKIM, majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa kesyukuran sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Antaranya program Gema Cinta Rasul bersama kumpulan nasyid Inteam dan sesi Tadabbur Al-Quran: ‘International Quran Moment’.

Forum istimewa bertemakan “Jerat Nafsu” yang menampilkan ahli panel seperti YBrs. Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed dan Dr. Ghafur Rahim Mustakim, turut mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung.

“Dengan kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, Gema Syukur 2025 membuktikan bahawa masjid bukan sekadar pusat ibadah, tetapi juga tempat perpaduan dan pembentukan jati diri ummah,” kata JAKIM lagi.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.