Siakap Keli
Tesla Cybertruck meletup
Sumber: X

Tesla Cybertruck Meletup Di Luar Hotel Milik Donald Trump

Tesla Cybertruck Meletup Di Luar Hotel Milik Donald Trump

Sebuah letupan mengejutkan berlaku di luar Trump International Hotel di Las Vegas, melibatkan sebuah kenderaan Tesla Cybertruck.

Seorang mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut dilaporkan terkorban. Manakala, tujuh lagi dilaporkan mengalami kecederaan ringan, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Kami percaya ini adalah ‘insiden terpencil’, dan tiada ancaman lanjut kepada komuniti,” kata Sherif Kevin McMahill dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan insiden tersebut berkait rapat dengan serangan awal pagi di New Orleans yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.

Siasatan turut dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menentukan sama ada insiden ini boleh dikategorikan sebagai ‘tindakan keganasan’.

“Kami sedang berusaha untuk memahami punca kejadian ini dan sama ada ia bersifat pengganas,” jelas Jeremy Schwartz, agen khas bertindak FBI di Las Vegas.

Rentetan insiden letupan

Letupan dilaporkan berlaku sekitar jam 8.40 pagi waktu tempatan apabila sebuah Tesla Cybertruck model 2024 berhenti di pintu masuk hotel tersebut.

https://x.com/DC_Draino/status/1874539100524720168

Sherif McMahill menyatakan kenderaan itu dipercayai disewa melalui aplikasi Turo di Colorado, sama seperti kenderaan yang digunakan dalam serangan di New Orleans.

Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, menyatakan bahawa letupan itu berpunca daripada bahan letupan seperti bunga api besar atau bom yang diletakkan di bahagian kargo Cybertruck.

Musk turut menegaskan bahawa kenderaan tersebut berfungsi dengan baik.

https://x.com/elonmusk/status/1874579547452269054

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan menemui kanister gas, bahan bakar perkhemahan dan mortar bunga api besar di bahagian belakang kenderaan.

Ini menjadikan insiden tersebut mendapat perhatian luar biasa daripada media dan warga maya, mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung motif di sebaliknya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kini masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif di sebalik insiden ini.

BACA: Larangan Menutup Wajah Di Khalayak Ramai Berkuat Kuasa Di Switzerland

BACA: Dua Pegawai Kemanusiaan MAPIM Terkorban Dalam Serangan Udara Di Gaza

BACA: Lebih 60 Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Ethiopia

Sumber: The New York Times

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.