Siakap Keli
Tahun baharu Indonesia
Sumber: Suara.TV via Facebook

Tular Detik Cemas Sambutan Tahun Baharu Di Indonesia

Tular Detik Cemas Sambutan Tahun Baharu Di Indonesia

Sambutan Tahun Baharu sering dikaitkan dengan harapan baharu, kemeriahan dan perayaan yang mengasyikkan.

Seperti tradisi setiap tahun, pelbagai negara di dunia, termasuk Indonesia, menyambut detik istimewa ini dengan pelbagai acara menarik.

Ini termasuklah sambutan meriah dengan pesta kembang api dan hiburan umum.

Namun, suasana di salah satu lokasi sambutan Tahun Baharu di Indonesia bertukar tragedi apabila insiden tidak diduga berlaku.

Dalam video yang kini tular di media sosial, kelihatan berduyun masyarakat tempatan berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

Suasana tiba-tiba berubah cemas apabila belon yang berisi gas hidrogen terbakar, mencetuskan api marak dan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.

Pada awalnya, suasana di lokasi tersebut sangat meriah dengan banyak belon besar diterbangkan ke udara sebagai simbolik sambutan, serentak dengan pertunjukan bunga api.

Namun, detik itu bertukar tragedi apabila belon-belon yang dipenuhi gas hidrogen dipercayai terkena percikan bunga api.

Gas hidrogen yang sangat mudah terbakar menyebabkan belon tersebut ‘meletup’ dan menghasilkan api besar yang mencetuskan kekecohan.

https://www.facebook.com/watch/?v=970297205010749&rdid=1Q5hl2HK9ZI9j8EK

BACA: Ini 4 Negara Yang Takkan Masuk “Tahun Baharu” Pada 1 Januari Nanti

BACA: 10 Tradisi ‘Unik’ Di Dunia Sempena Tahun Baharu

BACA: Rupanya Ini Negara Terawal & Terakhir Sambut Tahun Baharu

Sumber: Suara.TV via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.