Siakap Keli
Negara Terawal Sambut Tahun Baharu
Gambar: Bernama

Rupanya Ini Negara Terawal & Terakhir Sambut Tahun Baharu

Rupanya Ini Negara Terawal & Terakhir Sambut Tahun Baharu

Tepat jam 12 tengah malam 1 Januari adalah momen yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang ramai untuk menyaksi pertunjukkan bunga api, menandakan masuknya tahun baharu.

Tahun ini, tanggal 1 Januari jatuh pada hari Rabu. Tentu ramai yang sudah yang tidak sabar untuk menyambut tahun 2025 termasuk azam baharu.

Tapi pernah tak anda terfikir, negara manakah yang sambut terlebih dahulu, memandangkan setiap negara mempunyai waktu yang berbeza?

Jadi, jom ketahui negara manakah yang paling awal dan terakhir menyambut kedatangan tahun baharu di bawah.

Kenapa waktu setiap negara berbeza?

Sebelum itu, anda perlu mengetahui terlebih dahulu kenapa waktu setiap negara berbeza.

Ia disebabkan kedudukan logitud dan garisan Meridean setiap negara dalam peta dunia. Perkara ini yang menjadikan pemisah zon waktu kepada setiap kawasan tersebut.

sambutan tahun baru
Gambar: Britannica

Negara Pertama Menyambut Tahun Baharu

sambut tahun baru
Gambar: National Geographic

Negara pertama yang bakal menyambut tahun baharu adalah Republik Kiribati yang terletak di Lautan Pasifik.

Menurut laporan National Geographic, Pulau Kiritimati dan 10 pulau-pulau sekitar yang kebanyakannya tidak berpenghuni di Lautan Pasifik tengah merupakan kawasan yang paling awal menyambut sambutan tahun baharu.

Pulau Kiritimati ini merupakan salah satu daripada 33 pulau yang membentuk Republik Kiribati.

Untuk makluman, Kiribati terletak dekat dengan International Date Line (garisan permulaan hari berikutnya) pada UTC+ 14:00 menjadikannya antara negara yang melalui zon waktu paling awal.

Urutan Sambutan Tahun Baharu

Negara Terawal Sambut Tahun Baharu
Gambar: World Time Zone
sambutan tahun baru
Gambar: Britannica

Negara Terakhir Menyambut Tahun Baharu

Negara terakhir yang bakal menyambut Tahun Baharu adalah wilayah Amerika Syarikat iaitu pulau-pulau Niue dan Samoa Amerika yang terletak di barat daya Kiribati di kawasan Pasifik Selatan.

Selain itu, Pulau Baker serta Pulau Howland yang berada di selatan Hawaii (UTC- 12:00) juga antara kawasan yang menyambut Tahun Baharu paling akhir. Walau bagaimanapun, pulau ini tiada penghuni sama sekali.

Sumber: The US Sun, World Time Zone, National Geographic

BACA: Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Tip ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal

BACA: Ini Kos & Anggaran Keuntungan Buka Vending Machine

BACA: Ini Cerita Menarik Tentang Asal Usul Teh Tarik Ramai Tak Tahu

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.