Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Kredit: Bernama

APMM Aktif Operasi, Tingkat Rondaan Kesan Warga Asing Cuba Masuk Langkawi

Azizah Najib

APMM Aktif Operasi, Tingkat Rondaan Kesan Warga Asing Cuba Masuk Langkawi

ALOR SETAR, 3 Januari (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan Operasi GUARD dan menggandakan rondaan bagi mengesan baki pendatang asing tanpa izin dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata tindakan itu diambil selepas mereka dimaklumkan terdapat dua bot membawa warga asing itu berada di laut, namun lokasi sebenar bot tersebut belum dikenal pasti.

Maklumat itu diperoleh selepas polis menahan 196 warga Myanmar di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi pada 3.25 pagi tadi, selepas bot dinaiki mereka terkandas di perairan itu.

BACA: Seekor Lagi Kucing Didakwa Ditemui Mati Di UM, Usus Hilang

“APMM telah menggerakkan bot dan kapal ke lokasi pendaratan, membuat rondaan di perairan utara Langkawi dan kawasan sempadan negara serta mengatur gerak pesawat udara bagi pemantauan udara.

“Kita juga meningkatkan pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) bagi mengesan bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosli berkata mereka juga berhubung dengan pihak penguat kuasa Thailand untuk mengetahui jika pergerakan dua bot tersebut dikesan pihak berkuasa negara berkenaan.

APMM meminta mereka yang melihat aktiviti mencurigakan di sekitar Langkawi untuk menghubungi talian 999 atau Maritim Rescue Sub Centre (MSRC) Langkawi di 04-9662750 atau 011-58925868.

Berdasarkan rekod, seramai 2,089 warga Myanmar ditahan APMM dan agensi penguat kuasa lain semasa cuba memasuki Malaysia dengan menggunakan 18 bot dari 2010 hingga tahun lepas.

BACA: Pengampunan: Permohonan Dikemukakan Banduan, Agong Punyai Kuasa Prerogatif

BACA: Konsert Tahun Baru: Polis Percaya Individu Maut Beli Dadah Dalam Premis

Sumber: Bernama