Siakap Keli
penurunan jualan Tesla
Gambar: AFP

Saingan Sengit, Tesla Catat Penurunan Jualan Kereta Pada 2024

Saingan Sengit, Tesla Catat Penurunan Jualan Kereta Pada 2024

Tesla dilapor mencatatkan penurunan jualan kenderaan pada 2024, sekaligus gagal mencapai sasaran yang ditetapkan syarikat itu sendiri.

Menurut AFP, penurunan tersebut juga mencerminkan saingan dihadapi Tesla dalam sektor jualan kereta elektrik di seluruh dunia, terutamanya di China.

Syarikat automotif yang berpangkalan di Austin, Texas itu hanya melengkapkan penghantaran sebanyak 495,570 buah model pada suku keempat tahun lepas.

Walaupun ia merupakan rekod suku tahunan, namun angka berkenaan ketinggalan daripada sasaran yang dijangkakan oleh Wall Street.

Secara keseluruhan, Tesla dilapor hanya menjual kurang daripada 1.8 juta kenderaan untuk tempoh sepanjang tahun 2024.

Jualan Tesla menurun pada 2024

Jumlah berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 1 peratus, berbanding jualan keseluruhan yang direkodkan pada 2023.

Pada Oktober lepas, Tesla memberitahu pihaknya menjangkakan akan berlaku ‘sedikit pertumbuhan’ dari segi penghantaran kenderaan untuk tahun berkenaan.

Selain peningkatan saingan oleh pengeluaran kereta elektrik lain seperti BYD dan syarikat automotif legasi, penganalisis melihat pengeluaran Cybertruck yang perlahan juga sebagai punca kepada penurunan jualan kenderaan Tesla.

Manakala saham Tesla juga turun mendadak selepas pelancaran model berkenaan, mengurangkan keuntungan syarikat tersebut sejak Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November lepas.

Keuntungan Tesla untuk tiga suku pertama 2024 dilapor menurun sebanyak 31 peratus, berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2023.

Menurut AFP, penurunan berkenaan menggambarkan langkah pemotongan harga kenderaan yang diambil Tesla susulan penurunan permintaan yang dialaminya.

Penutup tahun yang bercampur-baur untuk Tesla

Angka jualan pada 2024 tersebut sekaligus menutup tahun yang bercampur-baur untuk Tesla, tahun dimana Elon Musk terlibat sepenuhnya dalam politik AS.

Bagaimanapun, Tesla melihat tempoh jualan yang sederhana ini sebagai cerminan kepada kedudukan syarikat “diantara dua gelombang pertumbuhan utama”.

Tesla berkata, mereka menjangkakan peningkatan jualan seterusnya akan didorong oleh kemajuan teknologi autonomi dan pengenalan model baharu.

Syarikat tersebut dikatakan berdepan dengan tekanan untuk mengeluarkan model baharu dengan pengguna juga ternanti-nantikan pengenalan model yang lebih mampu milik.

Elon dalam satu kenyataan pada Julai mengumumkan Tesla merancang untuk mengeluarkan model baharu dengan harga yang lebih mampu milik pada 2025.

Walaupun pengumuman berkenaan disambut baik oleh para pelabur, namun tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung model baharu tersebut.

BACA: Ramai Tak Tahu, Ini Cara Set Liter Di Pam Masa Isi Minyak Kereta

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.