Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Set Liter Di Pam Masa Isi Minyak Kereta

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Set Liter Di Pam Masa Isi Minyak Kereta

Apabila berada di stesen minyak, perkara pertama yang dilakukan selepas keluar dari kenderaan adalah pergi ke kaunter untuk membayar jumlah pengisian minyak.

Ataupun pengguna kini boleh memilih untuk membuat sendiri dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun dalam telefon pintar.

Biasanya, apabila mengisi minyak kita akan membuat pembelian berdasarkan jumlah RM yang kita mahukan. Misalnya, RM 10, 20, 30 atau mana-mana amaun yang kita mahukan.

Namun begitu, jarang sekali kita mengisi minyak berdasarkan liter, kan? Boleh dikatakan, ia merupakan situasi asing dan mungkin tidak ramai yang pernah membuat pembelian dengan cara itu.

Lebih-lebih lagi jika isian dibuat terus dan bayaran menggunakan kad debit di pam, tanpa perlu beratur di kaunter.

Cara nak set isi minyak ikut liter, bukan RM yang ramai masih tak tahu

Menerusi video yang dikongsikan oleh @petronassrihartamas di TikTok, seorang kakitangan stesen minyak tersebut berkongsi cara untuk menetapkan liter ketika mengisi minyak.

Kata staf tersebut, langkah pembelian hampir sama dengan pembelian minyak berdasarkan RM.

Pertama, pengguna hendaklah menyentuh dahulu kad bank masing-masing di terminal pembayaran yang ada pada pam minyak.

Kemudian, mereka perlu merujuk pada bahagian papan kekunci dan memilih tetapan liter yang ada pada bahagian bawah, sebelah kanan.

Seterusnya, pengguna hanya perlu menetapkan jumlah liter minyak yang mahu dibeli, misalnya 20 liter dan menekan butang enter.

Pengisian minyak ke dalam kenderaan masing-masing boleh dibuat selepas itu dan caj dikenakan berdasarkan jumlah liter minyak yang dibeli.

Menurut staf berkenaan lagi, pembelian minyak dalam liter sebenarnya sudah lama boleh dibuat di pam sahaja tanpa perlu pengguna menuju ke kaunter terlebih dahulu.

Bagaimanapun, masih ramai pengguna tidak menyedari fungsi berkenaan yang sudah tersedia di pam.

BACA: Senarai Telefon Lama Ini Tak Boleh Guna Whatsapp Bermula 2025

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna berterima kasih dengan perkongsian tersebut dan mengakui ingin mencuba membeli minyak dalam liter selepas ini.

@petronassrihartamas

Replying to @Tuan Jibril bukan dekat dalam je, di pump pun boleh set liter jugak tau! 🤩 Kalau ada apa-apa soalan anda boleh comment, kami akan cuba jawab soalan yang kami tahuu 😉 #petronas #petronassrihartamas #hartamas #cardlesmesra #singgahdulu #rancakkanraya #fyp #fypシ

♬ Top Fyp – DJ Lunox

Sumber: petronassrihartamas via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.