Pemain Man United Takut Nak ‘Fight’ Liverpool – Amorim
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui bahawa barisan pemainnya dalam keadaan gugup untuk menentang pendahulu liga, Liverpool di Anfield tengah malam nanti, lapor Stadium Astro.
Dengan The Red Devils dihantui lima kekalahan dalam enam perlawanan, menambahkan tekanan pasukan itu untuk bertemu musuh ketat yang kini dalam prestasi terbaik.
Apatah lagi kekalahan 0-7 di Old Trafford masih lagi segar dalam ingatan peminat pasukan itu, dengan tidak menolak kemungkinan peristiwa kenduri gol bakal berputar kembali.
Perkara ini jelas menunjukkan United kini dalam fasa moral yang rendah sejak beberapa minggu ini.

“Mereka berasa cemas dan kadangkala gementar di atas padang.
“Kami perlu menghadapinya. Kami memerlukan pemimpin untuk meningkatkan moral dan membantu rakan sepasukan. Di sini saya adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi.
“Anda boleh lihat pemain sedang mencuba. Kadang-kadang mereka terlalu cemas dan terlalu gugup untuk bermain kerana ini adalah saat yang sukar.
“Baru dua hari kami dapat melakukan perkara asas, menumpukan kepada idea permainan kami.
“Penyokong sudah muak dengan detik ini jadi adalah pelik untuk mendengar mereka melaungkan nama saya.
“Saya mencurahkan segala-galanya untuk membantu kelab ini. Saya tahu ia sukar untuk difahami ketika ini tetapi kami akan berjaya,” kata Amorim.
https://x.com/ManUtd/status/1875542953310945790?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1875542953310945790%7Ctwgr%5E9adde8e88d61c55a53cc4d8e27281c7b5c50be2c%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Famorim-dedah-pemain-manchester-jadi-united-cemas-gugup-jumpa-liverpool-280148
Perlawanan Liverpool vs United Berisiko Ditunda
Sebelum ini, SK melaporkan perlawanan antara Liverpool ada potensi akan ditunda disebabkan keadaan cuaca.
Ia susulan Pejabat Meteorologi telah mengeluarkan amaran ancaman salji dan hujan beku di sekitar Merseyside.
Keadaan cuaca ini juga boleh menyebabkan gangguan kepada kenderaan dan lain-lain perkhidmatan.
Laporan ramalan cuaca melaporkan salji 40cm akan melanda beberapa kawasan di United Kingdom.
Keadaan cuaca itu bakal menyukarkan penyokong untuk datang ke stadium dan ada kemungkinan suhu akan mencecah bawah sifar.
Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari kedua-dua kelab dan Premier League mengenai perkara ini.
Perlawanan Liverpool dan United dijadualkan berlangsung pada jam 12.30 tengah malam waktu Malaysia, 6 Januari 2025.
BACA: Ini Daftar 20 Model Telefon Terlaris Dijual Dalam Sejarah