Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Sertai Perhimpunan Di Putrajaya Esok, Tindakan Tegas Menanti – PDRM

Hannah
Suspek tembak Setia Alam
Sumber: BERNAMA

Jangan Sertai Perhimpunan Di Putrajaya Esok, Tindakan Tegas Menanti – PDRM

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di sini esok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata PDRM akan mengadakan beberapa sekatan di jalan masuk ke Putrajaya esok serta melaksanakan pemeriksaan ketat.

“(Ia) bagi memastikan tiada apa apa senjata, ‘banner’, sepanduk yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik atau hasutan berhubung dengan himpunan esok. Orang ramai diingatkan agar jangan hadir perhimpunan besok,” katanya.

BACA: UMNO Batal Perhimpunan Solidariti Najib Isnin Ini – Asyraf Wajdi

Tinjauan Bernama hari ini mendapati pekarangan Istana Kehakiman telah dipasang pagar bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan diadakan di kawasan tersebut.

Media semalam melaporkan PDRM telah menolak permohonan penganjuran perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di sini esok.

Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas perdana menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan berhubung Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah.

BACA: SAPP Tarik Diri Daripada Perikatan Nasional – Presiden

BACA: Ahmad Zahid Tidak Terima Sebarang Pemakluman Daripada Tengku Zafrul Untuk Keluar UMNO, Sertai Parti Lain

Sumber: BERNAMA