Kenali “Jalan Raya Bawah Air”, Yongwu Road
Yongwu Road adalah satu-satunya laluan yang menghubungkan Wucheng, salah satu pekan tertua di China, dengan kawasan-kawasan sekitar.
Jalan sepanjang 5.05 km ini merupakan sebahagian daripada jalan perbandaran X219 dan dibina merentasi Tasik Poyang, tasik air tawar terbesar di China.
Keunikan ini menjadikan Yongwu Road salah satu destinasi pelancongan terkenal di Wilayah Jiangxi, terutama pada musim bunga apabila paras air tasik meningkat.
Apabila paras air mencecah sekitar 18.6 meter, sebahagian jalan ini akan tenggelam.
Ia sekali gus akan mencipta pemandangan luar biasa yang sering kali dikatakan sebagai “jalan raya tercantik di bawah air”.
Fenomena ini menarik ribuan pelancong yang ingin merasai pengalaman memandu di atas jalan yang seolah-olah terapung itu.
BACA: Gadis Jepun ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik Tren Di Malaysia
Namun, peluang untuk memandu di atas jalan raya yang terapung ini adalah terhad.
Pihak berkuasa tempatan akan menutup laluan tersebut apabila paras air mencapai 19 meter, iaitu paras amaran banjir, demi keselamatan pengguna jalan raya.
Yongwu Road hanya dibuka semula apabila paras air kembali normal, biasanya menjelang penghujung musim panas.
Sebagai contoh, pada tahun lalu, jalan ini dibuka semula pada 8 Ogos, dan lebih daripada 8,000 kenderaan beratur untuk melaluinya, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang.
Sejak pembukaannya pada tahun 2013, Yongwu Road telah menjadi tarikan utama tanpa sebarang laporan kemalangan serius.
Walaupun terdapat risiko memandu di jalan yang licin dan basah, pagar penghadang di kedua-dua sisi jalan membantu mengurangkan risiko kenderaan terjatuh ke dalam tasik.
Bagaimanapun, tahap keselamatan tetap bergantung kepada pemandu yang perlu menyesuaikan kelajuan dengan keadaan jalan.
BACA: Lan Pet Pet Menangis Review “Dapur Bakar” Cawangan Ke-11 Tanpa Man Kulim
BACA: Beberapa Rumah Di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka Dinaiki Air Akibat Hujan Lebat
Sumber: Oddity Central, cctv