Siakap Keli
Najib Istana Kehakiman
Gambar: Bernama tv

Laungan “Hidup Bosku” Iringi Kehadiran Najib Di Istana Kehakiman

Laungan “Hidup Bosku” Iringi Kehadiran Najib Di Istana Kehakiman

PUTRAJAYA — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor tiba sebentar tadi di Istana Kehakiman di sini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Bernama TV memaparkan kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Razak tiba ke lokasi itu pada 8.30 pagi.

Difahamkan, beliau hadir bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Dalam masa yang sama, kedengaran teriakan dan laungan daripada penyokong Najib yang berada di lokasi sewaktu menyambut ketibaannya.

https://www.facebook.com/watch/?v=580423421434217&rdid=fZiW8P79NEpIpIuH

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata PDRM akan mengadakan beberapa sekatan di jalan masuk ke Putrajaya esok serta melaksanakan pemeriksaan ketat.

“(Ia) bagi memastikan tiada apa apa senjata, ‘banner’, sepanduk yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik atau hasutan berhubung dengan himpunan esok. Orang ramai diingatkan agar jangan hadir  perhimpunan besok,” katanya

Tinjauan Bernama semalam mendapati pekarangan Istana Kehakiman telah dipasang pagar bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan diadakan di kawasan tersebut.

Media melaporkan PDRM telah menolak permohonan penganjuran perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di sini.

Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas perdana menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan berhubung Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah.

BACA: SAPP Tarik Diri Daripada Perikatan Nasional – Presiden

BACA: Ahmad Zahid Tidak Terima Sebarang Pemakluman Daripada Tengku Zafrul Untuk Keluar UMNO, Sertai Parti Lain

Sumber: Bernama TV

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.