Siakap Keli
enggan dipeluk suami
Kredit: Bernama

Enggan Dipeluk Suami, Wanita Ditikam Hingga Maut

Enggan Dipeluk Suami, Wanita Ditikam Hingga Maut

Indonesia – Seorang lelaki ditahan selepas bertindak menikam isterinya sehingga menyebabkan mangsa maut di Kabupaten Kepulauan Tanimbar, lapor Tribun.

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di Desa Persiapan Ilngei Barat.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepulauan Tanimbar, AKP Handry Dwi Azhar berkata, suspek ditahan disebabkan terdapat dakwaan perbuatan jenayah berhubung kematian isterinya.

“Sekarang ini kita telah meletakkan dia sebagai suspek dan telah ditahan,” ujarnya pada Sabtu.

Kronologi kes bermula apabila suspek cuba meminta maaf daripada mangsa yang sedang membuat persiapan barang jualan. Namun, mangsa menolak ketika suspek cuba memeluk mangsa berikutan suspek yang sedang mabuk.

Berang dengan tindakan mangsa, suspek mengambil parang dan menyerang mangsa. Parang dihayun ke arah mangsa dan menyebabkan bahu kiri mangsa cedera. Berikutan itu, mangsa keluar ke ruang tamu meminta pertolongan.

Ketika itu, bapa mangsa cuba menenangkan keadaan tetapi tidak dihiraukan suspek. Difahamkan, bapa mangsa turut mengalami kecederaan ketika cuba melindungi anaknya.

Motif serangan dipercayai disebabkan oleh marah akibat perselisihan faham terhadap mangsa. Terdahulu, suspek dipercayai sering meminta wang untuk berjudi namun mangsa enggan serahkan wang kepada suspek.

“Kejadian bermula apabila suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol menghampiri mangsa untuk memohon maaf. Ia berikutan pertengkaran yang berlaku sebelum ini pada 23 Disember 2024 apabila wang hasil jualan sayur digunakan oleh suspek untuk berjudi.

“Ketika itu, mangsa sedang membersihkan sayur bersama ibu dan anaknya untuk dijual. Suspek kemudiannya memeluk mangsa dan cuba memohon maaf. Melihat keadaan itu, ibu mangsa meninggalkan suspek bersama mangsa dan anaknya.

“Mangsa bergelut dan menolak permohonan maaf lalu berdiri dan mengambil pisau, cuba untuk menikam suspek. Namun, suspek sempat mengelak. Setelah itu, mangsa meninggalkan suspek untuk membersihkan sayur di belakang rumah.

“Suspek sekali lagi menghampiri mangsa bagi meminta maaf namun ditolak kali kedua. Disebabkan itu, suspek menikam mangsa menggunakan dua bilah parang yang sedang dipegangnya,” kata Handry.

Mangsa yang  juga dipercayai sedang hamil dilaporkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Berdasarkan kenyataan suspek, bahan bukti berupa dua bilah parang telah dicampak di semak kira-kira 100 meter selepas meninggalkan rumah.

Pihak polis mengesahkan suspek didakwa mengikut Perkara 338 dan/atau Perkara 351 perenggan 3 Kanun Jenayah yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 15 tahun.

BACA: Dua Maut Kereta Jatuh Gaung

Sumber: Tribun News, TB News Polda Maluku

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.