Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Gempa Kuat 7.1M Gegar Tibet, 93 Maut Setakat Ini
Sekurang-kurangnya 93 orang disahkan maut dan 103 lagi cedera selepas wilayah Tibet di China digegar gempa bumi kuat, hari ini.
Gempa berkekuatan 7.1 magnitud itu melanda bandar Shigate kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman kira-kira 10 kilometer dengan beberapa gempa susulan turut dirasai kemudian.
Menurut BBC, gegaran turut dirasai di sempadan Nepal dan beberapa kawasan di India.
Presiden China, Xi Jinping dilapor turut mengarahkan operasi mencari dan menyelamat segera dilaksanakan sebaik sahaja kejadian gempa dilaporkan.
Dalam pada itu, beberapa rakaman kejadian yang dikongsikan oleh stesen penyiaran tempatan, CCTV menunjukkan keadaan rumah dan bangunan di bandar Shigate yang runtuh akibat impak gempa.
93 orang dilapor maut dalam gempa bumi kuat 7.1 magnitud gegar Tibet
Manakala pasukan penyelamat dilihat bertungkus-lumus meredah kawasan runtuhan dan mengagihkan selimut tebal kepada penduduk yang terselamat.
Di County, daerah yang terletak berdekatan dengan titik gempa mencatatkan suhu sejuk serendah -7C dengan suhu dijangka boleh menjunam sehingga -18C di sebelah petang.
Difahamkan, bekalan air dan elektrik di Shigate turut terputus ketika ini.
Dalam pada itu, beberapa media di China pada awalnya melaporkan kekuatan gempa yang lebih rendah iaitu 6.8 magnitud yang menyebabkan gegaran dirasai dan lebih 1,000 buah rumah terjejas.
Sementara di Nepal, walaupun gegaran kuat turut dirasai di beberapa kawasan bersempadan dengan Tibet, namun tiada sebarang kerosakan besar atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Seorang pegawai daripada Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan Nepal berkata, hanya kerosakan kecil dan keretakan pada bahagian rumah sahaja direkodkan di kawasan-kawasan terjejas setakat ini.
BACA: Lelaki Indonesia Puji Sikap Pemandu Malaysia, Berbeza Dengan Pemandu Negara Sendiri
Sumber: BBC