Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
cara daftar myborderpass
Kredit: Bernama

Ini Cara Mudah Daftar MyBorderPass

Azizah Najib

Ini Cara Mudah Daftar MyBorderPass

Melancong ke luar negara merupakan impian sesiapa sahaja yang diberi rezeki, ruang dan peluang. Melihat suasana dan budaya yang berbeza dengan kita, malah berpeluang merasai musim dan perayaan yang tidak ada di dalam negara sendiri sememangnya pengalaman berharga dalam hidup.

Bagi membolehkan seseorang itu menjejakkan kaki ke luar negara, individu tersebut perlu mempunyai pasport yang sah. Malah, pemeriksaan imigresen di pintu keluar masuk negara juga perlu dilalui. Jika sebelum ini, pemeriksaan imigresen memakan masa yang agak perlahan sehingga menyebabkan kesesakan berlaku, kini tidak lagi.

Kementerian Dalam Negeri telah melancarkan sistem pelepasan imigresen bagi rakyat Malaysia dengan hanya menggunakan kod QR Sabtu lalu. Sistem ini boleh digunakan bermula Januari dengan tempoh percubaan di 40 lorong khas Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 dan Terminal 2.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penggunaan sistem ini sebagai langkah penyelesaian isu kesesakan di pintu masuk negara.

Jadi bagi anda yang ingin merasai pengalaman menggunakan sistem ini, anda perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass. MyBorderPass merupakan aplikasi yang menggunakan teknologi kod QR dan pengecaman wajah yang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ia bertujuan mengesahkan pelancong yang masuk dan keluar dari Malaysia.

Berikut SK kongsikan cara memuat turun dan mendaftar sebagai pengguna MyBorderPass.

Cara muat turun aplikasi MyBorderPass

Jika anda pengguna Android, muat turun MyBorderPass di Google Play manakala jika anda pengguna Apple, muat turun aplikasi di App Store. Bagi memudahkan anda, tekan pautan yang diberi, kemudian terus muat turun.

Kemudian, daftar sebagai pengguna baru. Anda boleh memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di halaman log masuk.

Cara daftar aplikasi MyBorderPass

Sebagai pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan MyBorderPass. Tekan ‘DAFTAR SEKARANG’ untuk mula mendaftar.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah imbas pasport anda di bahagian maklumat peribadi anda. Jika berlaku masalah ketika mengimbas, anda boleh menutup bahagian lain tetapi pastikan kod zon bacaan mesin (MRZ) boleh dilihat. MRZ ialah bahagian yang dibulatkan dengan warna merah dalam gambar di bawah. Tekan butang ‘IMBAS PASPORT’.

Setelah imbasan dibuat, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Di sini, anda perlu mengisi semua maklumat peribadi yang diminta. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul. Kemudian, tekan butang ‘SETERUSNYA’.

Setelah maklumat diisi dengan lengkap, anda akan diminta untuk lakukan swafoto. Pastikan anda berpakaian kemas dan tiada sebarang objek yang menghalang wajah anda. Apabila selesai, kod QR khas akan dijana.

cara daftar myborderpass

Anda boleh membuat pendaftaran pengguna baru MyBorderPass sebelum beratur untuk memasuki lorong pemeriksaan tetapi sebagai peringatan, anda tidak boleh menggunakan kod QR yang telah anda tangkap layar terlebih dahulu. Hal ini kerana kod QR yang dijana hanya sah untuk tempoh tertentu dan akan dijana semula secara automatik.

Satu lagi peringatan buat pengguna, pasport masih perlu dibawa bersama sebagai dokumen perjalanan utama.

Apabila anda tiba di lapangan terbang, anda hanya perlu imbas kod QR dalam aplikasi MyBorderPass di lorong khas pelepasan imigresen.

Buat masa ini, MyBorderPass hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia. Jadi, JIM memberi jaminan sistem ini tidak menjejaskan keselamatan, terutamanya berkaitan pelepasan warga asing yang masuk ke dalam negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh kunjungi ruang ‘Frequently Asked Questions’ dalam aplikasi MyBorderPass.

BACA: Ramai Puji Logo Visit Malaysia 2026, Maskot Jadi Tumpuan

Sumber: Bernama, Jabatan Imigresen Malaysia (1) (2)