Siakap Keli
Gambar: Bernama

Ini Senarai Negara Yang Ada Hukuman ‘Penjara’ Di Rumah

Ini Senarai Negara Yang Ada Hukuman ‘Penjara’ Di Rumah

Setiap negara mempunyai sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman tersendiri dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan selamat.

Kewujudan undang-undang adalah untuk membendung individu-individu daripada melakukan kesalahan atau jenayah.

Mereka yang melanggar undang-undang akan ditangkap dan dibicarakan di Mahkamah. Sekiranya terbukti bersalah, pesalah akan didenda atau dipenjara.

Tetapi, pernah tak anda dengar tentang pesalah dipenjara di rumah atau dipanggil tahanan rumah?

Sebenarnya beberapa negara mempunyai dan menguatkuasakan undang-undang ini.

Hari ini, SK akan berkongsikan senarai negara yang menpunyai undang-undang tahanan rumah di bawah.

Apa itu tahanan rumah?

Gambar: Bernama

Sebelum itu, anda perlu mengetahui secara jelas mengenai definisi tahanan rumah.

Tahanan rumah merupakan salah satu bentuk hukuman atau penahanan terhadap individu, untuk berada di lokasi tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib dengan pengawasan yang ketat.

Undang-undang ini telah wujud dan diguna pakai oleh beberapa negara luar sebagai alternatif penahanan di penjara.

Berikut antara negara yang memiliki peraturan ini:

1. Indonesia

Di Indonesia, undang-undang ini berada di bawah Kitab Undang-Undang Hukum Acara Pidana (KUHAP).

KUHAP ini terbahagi kepada tiga kategori penahanan;

Penahanan Rumah Tahanan Negara (Rutan)

Gambar: AI

Hukuman ini berfungsi sebagai tempat yang disediakan oleh negara untuk menahan suspek atau defendan semasa proses penyiasatan, pendakwaan dan pemeriksaan di mahkamah.

Penahanan Rumah

Seterusnya, penahanan rumah dilakukan terhadap pesalah atau defenden tersebut di kediamannya atau rumah tertentu yang dengan pengawasan penuh.

Langkah ini bertujuan untuk mencegah sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesukaran dalam siasatan, dakwaan atau perbicaraan mahkamah.

Penahanan Kota

Penahanan Kota akan dijalankan di bandar di mana suspek atau defenden tinggal, dengan kewajipan untuk melaporkan diri pada waktu yang telah ditetapkan.

2. Amerika Syarikat

Gambar: Bernama

Berbeza pula di Amerika Syarikat (AS), konteks tahanan rumah ini diterapkan dalam situasi tertentu sebagai alternatif penjara.

Sebagai contoh ketika pandemik COVID-19, peguam negara AS mengeluarkan perintah darurat untuk membebaskan tahanan untuk ditahan di rumah bagi mengurangkan penularan wabak berkenaan di penjara.

3. Iran

Di negara timur tengah satu ini, sistem tahanan rumah juga digunakan dalam kes tertentu.

Tahukah anda, pada tahun 2023, pemerintah Iran memindahkan lima warga negara Amerika berketurunan Iran dari penjara ke tahanan rumah sebagai bagian dari negosiasi diplomatik.

4. Australia

Di Australia, tahanan rumah digunakan sebagai alternatif hukuman penjara, terutama bagi kesalahan ringan atau kes-kes tertentu.

Salah satu hukuman mengenai tahanan rumah ini adalah Australian Capital Territory (ACT).

Malaysia ada tak undang-undang tahanan rumah?

Buat masa ini, konsep tahanan rumah di Malaysia masih berada dalam cadangan di peringkat Parlimen dan masih belum ada kata putus sama ada Rang Undang-Undang (RUU) ini mendapat kelulusan ataupun tidak.

Difahamkan, pesalah yang dikenakan tahanan rumah akan dipantau melalui pemantauan elektronik dan jadual ketat untuk memastikan keselamatan awam dan kepatuhan terhadap terma mahkamah

Hukuman ini adalah alternatif untuk mengurangkan kesesakan banduan dalam penjara dalam negara, dimana negara kini berdepan dengan jumlah banduan yang melebihi daripada kapasiti sepatutnya.

Gambar: Bernama

Secara ringkas, setiap negara memiliki peraturan dan prosedur yang berbeza mengenai penerapan undang-undang tahanan rumah,yang disesuaikan mengikut sistem hukuman dan pentadbiran negara.

Sumber: Hukum Online, KUHAP,Tempo.com, Voa Indonesia, Tribunnews Bernama

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.