Siakap Keli
Gambar: AFP

Kota Mekah Dilanda Banjir Kilat Susulan Hujan Lebat

Kota Mekah Dilanda Banjir Kilat Susulan Hujan Lebat

ARAB SAUDI — Kota Mekah yang merupakan tanah suci Islam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan, lapor Metro UK.

Dalam beberapa video tular di media sosial memaparkan kebanyakan kawasan kediaman ditenggalami air.

Turut kelihatan harta benda seperti kereta, pokok-pokok dihanyutkan arus susulan air naik sepantas kilat.

Selain Kota Mekah, Madinah juga turut dilanda hujan lebat sejak awal pagi waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan wilayah seperti Riyadh, Mekah, Al-Baha, dan Tabuk diramal menghadapi impak cuaca buruk.

Ia selepas Pusat Meteorologi Nasional (NMC) meramalkan hujan sederhana hingga lebat, ribut petir, dan ribut debu sepanjang minggu.

Hujan yang jarang berlaku ini dijangka berterusan hingga Rabu.

Berikut antara klip lokasi itu dilanda banjir kilat;

@sahabatsalam

Puluhan Mobil terserah Air hujan deras Melanda kota suci Makkah #fypage #fypシ #hajj #hajj #madina #makkah #hujan

♬ suara asli – Sahabatsalam

@omen_necrofis

Angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat di sekitar Wilayah Mekah dan Madinah… 6.1.25 #HeavyRain #FlashFlood #WeakSolarCycle #SaudiArabia

♬ Epic Legend Bed – Auracle

@anak.sunda2116

♬ suara asli – 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐜𝐢𝐤 – sahacik

Terdahulu, kota suci itu dilanda ribut petir dan hujan lebat yang dahsyat sehingga menjejaskan jemaah haji dalam kejadian dua tahun lepas.

Kejadian yang jarang berlaku menunjukkan jemaah haji mengelilingi Kaabah, yang merupakan tempat umat Islam tawaf telah tergelincir dan basah kuyup.

Selain itu, kilat turut menyambar secara tiba-tiba di hotel ikonik, Menara Jam Diraja Mekah (Fairmont Makkah Clock Royal Tower) menerangi langit malam.

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussein al-Qahtani berkata ribut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam.

Beliau berkata keadaan itu serupa dengan ribut yang berlaku pada tahun 2015 di mana kren di Masjidil Haram telah tumbang dan kejadian itu telah mengorbankan lebih 100 orang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam ribut yang berlaku pada Selasa.

Penduduk Mekah, Abu Mayyada berkata ketika dia keluar untuk membeli rokok dan petrol, keadaan di hadapannya telah berubah menjadi hitam.

Kejadian itu berlaku ketika ribut tersebut melanda di tanah suci itu.

“Tiba-tiba saya hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandu. Saya tidak nampak apa-apa jadi saya mula mendengar al-Quran di radio.

“Saya tidak faham apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sumber: Metro UK

BACA: 7 Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

BACA: Patrick Kluivert Calon Utama Ganti Shin Tae-Yong Sebagai Jurulatih Indonesia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.