Siakap Keli
Aquatic Excavator terapung
Gambar: Yutani Global & TikTok

Boleh Terapung Atas Air, Ketahui Fakta Menarik Tentang Aquatic Excavator

Boleh Terapung Atas Air, Ketahui Fakta Menarik Tentang Aquatic Excavator

Mesin jengkaut merupakan salah satu jentera darat yang kebiasaannya digunakan dalam projek pembinaan.

Mempunyai satu pengepit atau pengorek pada hujung ‘lengan’, mesin ini mampu bertindak mengambil benda-benda yang besar dan berat.

Tahukah anda, terdapat model berbeza daripada jentera ini yang dikenali sebagai Jengkaut Akuatik, boleh terapung di atas air tanpa tenggelam ke dasar.

Tentu ramai pelik, bagaimana sebuah mesin yang diperbuat daripada besi mampu terapung di atas air bukan?

Untuk merungkai misteri ini, jom ikuti perkongsian SK di bawah.

Apa itu Jengkaut Akuatik?

Aquatic Excavator
Gambar: Yutani

Berbeza dengan jengkaut biasa, jengkaut akuatik atau Aquatic Excavator merupakan sebuah jentera berat khusus, direka untuk menjalankan kerja-kerja di kawasan air.

Jentera ini biasanya berada di permukaan air, seperti terusan, pinggir laut dan kawasan paya.

Uniknya tentang jengkaut akuatik, mesin ini dilengkapi dengan sistem apungan.

Bukan sahaja boleh terapung di permukaan air, ia juga boleh bergerak di kawasan darat.

Macam mana Aquatic Excavator boleh terapung atas air?

Aquatic Excavator
Gambar: EIK Engineering

Untuk pengetahuan, jengkaut akuatik ini mampu terapung di atas air disebabkan penggunaan gabungan daya apungan dan sistem hidraulik.

Sistem apungan yang dibina pada bawah pengangkut jengkaut menberikan kestabilan bergerak merentasi permukaan yang mustahil dan daya apung untuk jentera ini terapung di permukaan air.

Dalam bahasa yang mudah, ia menjadi pusat graviti untuk menampung berat jengkaut.

Disebabkan itu, pergerakan dan navigasi jengkaut ini dikawal dengan dimanipulasi sistem hidraulik, yang boleh menyelaraskan dan mengendali cara kerja secara dinamik di atas air.

Walau bagaimanapun, pegendali jentera berat ini mestilah mahir dalam  mengendalikan kestabilan mesin dan titik pusat graviti untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Selain itu, jenis besi yang digunakan juga antara faktor jentera ini mampu terapung.

Sebenarnya, besi yang digunakan oleh jengkaut akuatik ini sama seperti yang digunakan untuk membina bot, yang bertindak memastikan daya ketahanan sepanjang tempoh bekerja di atas air.

Ciri-ciri Jengkaut Akuatik

1. Kapal Korek Serbaguna

Aquatic Excavator
Gambar: River Excavator

Boleh mencapai sehingga 18 kaki dan berputar secara fleksibel pada 360 darjah, mencapai lantai air.

2. Kestabilan Kaki

Reka bentuk kaki mesin yang berputar seperti roda membolehkannya bergerak di atas darat dan terapung

3. Badan Kapal

Badan kapal korek yang dibina dengan besi berkualiti untuk kerja lasak  dan boleh terapung serta berdepan dengan apa jua keadaan air.

4. Enjin Diesel Tahan Lasak

Jengkaut ini menggunakan kuasa enjin diesel yang tahan lasak, tahan lama dan jimat minyak.

5. Ruang Pengendali

Aquatic Excavator
Gambar: Aquarius

Ruang pengendali mesin ini semestinya mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengendali dengan ruang tertutup sepenuhnya dan pemandangan 360 darjah. Ia juga dilengkapi dengan sistem operasi dan sebuah kerusi di dalamnya.

6. Kayu Bedik Yang Tepat

Kelengkapan kayu bedik ini memudahkan pengawalan pergerakan jengkaut akuatik dalam melakukan kerja-kerja dengan mudah dan tepat.

Fungsi Jengkaut Akuatik

Jengkaut akuatik memain peranan penting dalam penyelenggaraan melibatkan air. Reka bentuknya yang telah disesuaikan dalam apa jua keadaan air menjadikan ia sangat efisien dalam bidang berkaitan pengurusan alam sekitar dan pembinaan berasaskan air.

Berikut antara kegunaan jengkaut akuatik

Membersih Alam Sekitar

Aquatic Excavator
Gambar: xprt environmental

Disebabkan keupayaan mengapung, mesin ini dapat mengakses tapak air tercemar dengan selamat. Secara tidak langsung, ia dapat membuang bahan pencemar dan sedimen tanpa mengganggu ekosistem sekeliling.

Dalam masa yang sama, ketiadaan sampah-sampah yang tersumbat pada saliran air membantu air mengalir dengan baik, sekali gus mengurangkan risiko berlaku banjir.

Oleh itu, ia sangat penting dalam mengurangkan penyebaran bahan pencemar dan tugas-tugas pengurusan alam sekitar.

Penyelenggaraan Sungai & Tasik

Aquatix Excavator
Gambar: BD Westby

Hakisan tanah yang berlaku di kawasan sungai dan tasik dapat diatasi dengan penggunaan jentera ini. Jengkaut akuatik ini sering digunakan untuk mengeluarkan lumpur dan mendalamkan saliran bagi meningkatkan aliran air.

Fleksibiliti jentera ini membolehkan ia mencapai kawasan yang tidak dapat diakses, memastikan penyelenggaraan menyeluruh terhadap laluan air.

Sebagai contoh, mesin ini dapat membuang tumbuhan akuatik yang hidup di pemukaan air bagi memelihara kestabilan ekosistem.

Jadi, orang ramai tidak perlu lagi bimbang sekiranya sungai tidak mampu menampung kapasiti air yang besar ketika hujan lebat melanda.

Bahkan, penggunaan mesin ini dapat memulihkan semula kesuburan tanah lembap tanpa merosakkan ekosistem sungai.

@yangaghep

Replying to @MauMansau sikit lagi nak terbalik #fyp #lelaki #fypdongggggggg

♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra

Sumber: Aquarius, Yutani, River Excavator

BACA: Kasih Seorang Nenek, Tekun Baca Yasin Untuk Cucu Tengah Duduki SPM

BACA: Cara Tebus Tiket Percuma Zoo Negara Sempena Hari Lahir

BACA: Lesap RM10k, Gadis Tak Sangka Giliran Mak Kena ‘Scam’ Dengan Cara Ni

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.