Siakap Keli
video tmm 2026
Kredit: Dato Setia Dr Naim

Menteri Agama Sambut Baik Pembuatan Semula Video TMM 2026

Menteri Agama Sambut Baik Pembuatan Semula Video TMM 2026

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Senator Dato Setia Dr Hj Mohd Naim Hj Mokhtar menyambut baik komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang memutuskan agar video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dibuat semula.

Menurutnya, tindakan tersebut merupakan sesuatu yang wajar dan tepat dalam mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan Persekutuan.

“Kedudukan agama Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan selain kemajmukan masyarakat di Malaysia. Selain itu, sepertimana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada negara Malaysia,” jelasnya.

Beliau berkata, Kerajaan Madani memberi keutamaan dalam usaha memperkukuh dan memartabat syiar Islam di Malaysia.

“Ia sedang dilaksanakan dengan penuh giat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah,” tambah beliau.

Katanya lagi, usaha tersebut telah digerakkan bersama semua pihak secara bersepadu. Bukan hanya agensi kerajaan, malah pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua pihak agar bersama-sama berganding memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara.

Terdahulu, tular mengenai video promosi TMM 2026 yang dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menyelar perbuatan pihak tertentu yang  dilihat seakan sengaja menimbulkan isu perkauman dan agama selepas pelancaran video tersebut.

“Saya amat kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu ini sebagai sentimen agama dan perkauman, serta menjadikan isu ini sebagai bahan perpecahan. Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita, bukan usaha promosi yang dilakukan oleh Kementerian.

“Sepatutnya, kita semua mengutamakan perpaduan, saling menghormati, dan kesejahteraan bersama,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

BACA: Video Visit Malaysia 2026 Promosi Malaysia Secara Keseluruhan – Tiong

BACA: Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Dibuat Semula, Promosi Setiap Negeri Sebaiknya – Tiong

Sumber: Dato’ Setia Dr. Naim

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: