Siakap Keli
BAP
Sumber: BERNAMA

BAP Diagih Mulai Hari Ini Beri Manfaat Kepada 5.2 Juta Murid

BAP Diagih Mulai Hari Ini Beri Manfaat Kepada 5.2 Juta Murid

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) — Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak Rm150 untuk setiap murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam bagi sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata peruntukan RM791.25 juta yang diberikan secara one-off (sekali bayar) itu bakal memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid.

“Tahun ini adalah tahun ke-13 Kementerian Pendidikan melaksanakan BAP dengan pemberiannya diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam dan akan disalurkan pada Februari kepada kira-kira 100,000 pelajar berkenaan.

“BAP diberikan kepada murid warganegara Malaysia bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, sekolah swasta, sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Cek Cura BAP 2025 Peringkat Johor di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin, Pengarah Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah.

Azman berkata BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk sesi baharu.

Beliau berkata pengagihan inisiatif itu akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai, pengkreditan ke akaun bank murid atau pengkreditan ke akaun bank ibu bapa.

Sementara itu, seramai 581,463 murid di Johor menerima bantuan berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM87.21 juta.

BACA: Cara Semak Permohonan Ke MRSM Sesi 2025

BACA: Seramai 8,909 Pelajar Ditawarkan Lanjut Pelajaran Di MRSM Tahun Ini

BACA: Khabib Perjelas Isu Dihalau Keluar Dari Pesawat

Sumber: BERNAMA

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.