Siakap Keli
kipas kaki kipas gantung
Gambar: Tiktok @parkpppd

Kreatif, “Custom” Kipas Kaki Jadi Kipas Gantung

Kreatif, “Custom” Kipas Kaki Jadi Kipas Gantung

Dalam dunia serba moden hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai penemuan yang antaranya disumbangkan oleh idea kreatif serta tidak masuk akal sebahagian manusia.

Pelbagai masalah baharu yang muncul memerlukan penyelesaian segera yang hanya boleh berlaku jika otak kita cekap dan tangkas bekerja.

Salah satu trend yang boleh menyelesaikan masalah yang timbul setiap hari adalah budaya ubahsuai atau disebut sebagai custom yang menjadi aktiviti masyarakat sesebuah tempat.

Selain menjadi medan untuk meluahkan kreativiti, kemahiran untuk melakukan ubahsuai, misalnya perkakasan elektrik mungkin membantu kita menangani satu-satu masalah yang timbul.

Ubahsuai kipas kaki jadi kipas siling, senang boleh pakai bila-bila masa

Situasi berkenaan boleh dilihat menerusi satu video yang menjadi tular di TikTok selepas dikongsikan oleh pemilik akaun @parkpppd baru-baru ini.

Transformasi kipas kaki yang patah kepada kipas gantung seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukan sahaja boleh menjimatkan perbelanjaan, malah memberi sentuhan unik kepada kediaman.

Dalam video yang menjadi tular berkenaan, seorang wanita dilihat menghidupkan kipas yang dipasang pada bahagian rasuk lantai rumah atas.

Menariknya, kipas berkenaan sebenarnya diubahsuai daripada kipas kaki kepada dua bahagian yang signifikan.

Bahagian atas kipas yang merangkumi bilahnya dipasang pada bahagian rasuk lantai ruamh atas dan dihubungkan dengan bahagian bawah kipas menerusi kabel elektrik.

Dapat berfungsi seperti biasa tanpa masalah

Apabila butang yang mewakili kelajuan pusingan bilah kipas kaki ditekan atau dihidupkan, bahagian kipas yang dipasang pada rasuk rumah itu tadi dapat berfungsi seperti biasa.

Berdasarkan video berkenaan, dapat disimpulkan bahawa kipas berkenaan dapat dihidupkan daripada mana-mana lokasi selagi mana ada kabel yang menghubungkan kedua-dua bahagian kipas yang terpisah itu.

Wanita itu kemudian dengan bersahaja mengalihkan rakaman dengan memberi fokus kepada seorang lelaki, dipercayai individu yang bertanggungjawab melakukan ubahsuai tersebut.

Setakat ini, video ubahsuai kipas itu sudah pun mendapat lebih 6 juta tontonan. Menjengah ke ruang komen hantaran tersebut, pelbagai komentar ditinggalkan oleh warga maya.

Rata-ratanya terhibur melihat ubahsuai yang dilakukan dan menganggap apa yang dilakukan tidak salah selagi mana ia berfungsi serta menyelesaikan masalah.

@parkpppd

เจัมิ่งมาดูงาน

♬ Lumos! (Hedwig’s Theme) – John Williams

BACA: 10 Laman Web Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Disember 2024

Sumber: @parkpppd

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.