Siakap Keli
Gambar: Bernama

Penyanyi Dikir Barat, Suami Dan Empat Individu Lain Mengaku Bersalah Ambil Dadah

Penyanyi Dikir Barat, Suami Dan Empat Individu Lain Mengaku Bersalah Ambil Dadah

NARATHIWAT, 14 Jan (Bernama) — Seorang penyanyi dikir barat wanita bersama suaminya serta empat individu lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Tertutduh, 30, bersama suaminya, 35, serta empat lagi tertuduh, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di sebuah pekan di Sungai Golok di sini.

Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki pil kuda berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.

Hakim Yuan turut memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti kukuh untuk membuktikan mereka tidak memiliki dadah terbabit sebelum perbicaraan dijalankan.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan tambahan, iaitu memasuki Thailand secara tidak sah tanpa dokumen perjalanan atau pasport.

Mahkamah juga menetapkan 11, 12 dan 14 Feb ini untuk perbicaraan manakala prosiding jatuh hukum dijangka berlangsung pada awal Mac nanti.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam Thailand yang dilantik mereka.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 Nov tahun lepas kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda.

Sumber: BERNAMA

BACA: Empat Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Stutong, Kuching

BACA: Penyanyi Wanita Kelantan Antara Enam Individu Ditahan Di Sungai Golok Bersama Pil Kuda

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.