Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
hujan lebat malam ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan hingga 7 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Johor, Sarawak, Sabah, dan keseluruhan kawasan di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Sementara di beberapa daerah di Pahang turut diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin. Di Terengganu hanya dua daerah dijangka hujan iaitu Hulu Terengganu dan Kemaman.

“Selain itu, Segamat, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru antara kawasan diramal hujan di Johor.

“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Telang Usan) dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Lelaki Berkelakuan Lucah Di Savanna Southville City Ditahan

BACA: “Kakak dah tak tahan ibu..” Video Ibu Peluk Anak Runtun Hati Orang Ramai