4 Risiko Kalau ECT Sensor Kereta Bermasalah, No. 2 Ramai Nak Elak
Kereta peribadi sudah menjadi satu kemestian hari ini dan dimiliki sekurang-sekurangnya sebuah hampir di setiap isi rumah di Malaysia.
Walaupun kereta memenuhi keperluan pengangkutan persendirian, tetapi ia juga hadir dengan komitmen yang besar.
Komitmen ini bukan sahaja melibatkan kewangan, namun juga tanggungjawab terhadap penjagaan dan penyelenggaraan kereta.
Akan ada hari di mana kenderaan yang dipandu meragam tanpa sebab. Boleh sakit kepala dibuatnya.
Sebagai pemilik kereta, antara situasi yang mungkin atau sering anda hadapi adalah enjin kereta tiba-tiba berasap, suhu kereta naik ataupun jarum pada panel meter menunjukkan bacaan terlalu tinggi.
Menerusi hantaran Muhammad SE di Facebook, beliau menjelaskan punca-punca di atas mungkin disebabkan komponen sensor suhu cecair pendingin enjin atau ECT sensor.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.
ECT sensor memainkan peranan besar dalam memastikan suhu enjin terkawal
“Bro, suhu enjin kereta aku asyik naik turun, kadang-kadang terus lampu amaran menyala. Apa masalah dia?”
Bila pelanggan datang dengan soalan macam ni, salah satu komponen yang saya selalu periksa dulu ialah ECT sensor.
Walaupun kecil, sensor ini memainkan peranan besar dalam memastikan suhu enjin kau sentiasa terkawal.
ECT sensor, atau Engine Coolant Temperature Sensor, bertanggungjawab membaca suhu coolant dalam enjin dan menghantar maklumat tersebut kepada ECU (Engine Control Unit).
ECU kemudian menggunakan data ini untuk mengawal campuran bahan api dan udara, masa pencucuhan, dan kadangkala kelajuan kipas penyejuk.
“ECT sensor ni macam termometer untuk enjin kau. Kalau bacaan dia salah, seluruh sistem enjin boleh jadi kacau.”
Apa Jadi Kalau ECT Sensor Bermasalah?
1. Lampu Check Engine Menyala
“Kalau sensor rosak, data yang dihantar ke ECU mungkin salah. ECU akan mengesan masalah dan nyalakan lampu check engine.”
2. Penggunaan Bahan Api Tinggi
“ECT sensor bantu kawal campuran bahan api dan udara. Kalau bacaan salah, enjin boleh jadi terlalu kaya (lebih bahan api) atau terlalu kurus (kurang bahan api), menyebabkan penggunaan bahan api meningkat.”
3. Suhu Enjin Tidak Stabil
“Enjin mungkin terlalu panas atau terlalu sejuk sebab sensor tidak beri data tepat untuk kawalan kipas penyejuk.”
4. Enjin Sukar Dihidupkan
“ECT sensor juga bantu sistem pencucuhan. Kalau data suhu salah, kau mungkin susah nak hidupkan enjin, terutama waktu pagi.”
Apa Punca ECT Sensor Rosak?
1. Penuaan dan Haus
“Seperti komponen elektronik lain, sensor ini boleh haus selepas bertahun-tahun digunakan.”
2. Overheating Enjin
“Kalau enjin kau pernah overheat, ECT sensor mungkin turut terjejas.”
3. Kotoran atau Deposit
“Kotoran dalam coolant boleh melekat pada sensor, menyebabkan bacaan tidak tepat.”
Tanda-Tanda ECT Sensor Bermasalah
1. Lampu Check Engine Menyala.
2. Suhu enjin naik turun secara tiba-tiba.
3. Penggunaan bahan api yang tidak konsisten.
4. Asap hitam keluar dari ekzos.
5. Enjin semput atau sukar dihidupkan.
Kenapa Penting Jaga ECT Sensor?
“Kalau ECT sensor rosak, bukan saja suhu enjin tidak terkawal, tapi kos pembaikan akibat overheat boleh jadi sangat mahal. Gasket kepala, piston, atau radiator semua boleh rosak hanya kerana satu sensor kecil ini.
”Seorang pelanggan pernah tanya.
“Kalau sensor ni murah, kenapa kesannya besar?”
“ECT sensor ni macam pengawas. Dia kecil, tapi dia yang kawal banyak benda penting dalam enjin. Kalau dia bagi bacaan salah, seluruh sistem boleh jadi masalah.”
Jadi, pastikan kau jaga dan periksa ECT sensor dengan betul. Sensor kecil ini mungkin tidak kelihatan penting, tapi fungsinya besar dalam menjaga kesihatan enjin kereta kau.
Semoga bermanfaat.
BACA: BHEUU Tidak Terima Sebarang Pemakluman Daripada Istana Negara
Sumber: Muhammad SE via Facebook