Mengekalkan Legasi, Menyempurnakan Masa Depan dengan Penulen Air VILLAEM III
KUALA LUMPUR, 13 JANUARI 2025 – Coway, syarikat Best Life Solution dengan bangganya memperkenalkan generasi ketiga penulen air VILLAEM, iaitu VILLAEM III. Inovasi seiring masa, VILLAEM III menampilkan reka bentuk lebih langsing dengan panel paparan digital yang menggantikan tombol klasiknya. Kini, menukar antara air panas, suam, suhu bilik dan air sejuk menjadi lebih mudah!
Digemari oleh rakyat Malaysia kerana kepraktisannya, siri VILLAEM kini memasuki generasi ketiga dengan VILLAEM III yang luar biasa. Direka khas untuk isi rumah besar dan keluarga dengan anak kecil, VILLAEM III memenuhi keperluan pengguna dengan fungsi tambahan yang dipertingkatkan. Ia menawarkan 48 tetapan boleh diperibadikan, termasuk 6 pilihan suhu (contoh, 40°C, 60°C, 90°C) dan 8 tahap isipadu (contoh, 200ml, 500ml, 800ml) untuk disesuaikan dengan mana-mana cawan, bekas atau periuk. Selain itu, dengan kapasiti tangki air panas yang lebih besar sebanyak 2.7 liter, masa menunggu untuk memanaskan air kini dapat dikurangkan dengan ketara.
Kini terdapat dalam dua warna elegan, Putih Porselin dan Kelabu Grafit, VILLAEM III direka untuk memenuhi keperluan isi rumah yang lebih besar. Dengan satu sentuhan sahaja, ia membantu menangani keperluan harian yang tidak dijangka, memudahkan rutin harian anda sambil memastikan air bersih sentiasa tersedia di hujung jari anda.
Dinaiktaraf daripada model sebelumnya, VILLAEM III kini dilengkapi dengan mod baharu Dual Lock yang memastikan keselamatan ahli keluarga anda dengan mengunci kesemua butang dan melindungi anak kecil dari tumpahan yang tidak disengajakan. Selain itu, Mod Senyap baharu mewujudkan suasana rumah yang sejahtera dan bebas bunyi, sempurna bagi mencipta momen tenang bersama yang tersayang.
VILLAEM III memberikan ketenangan minda dengan menyediakan air minuman yang selamat dan bersih untuk keluarga anda. Sistem penapisannya yang canggih termasuk Plus Neo-Sense, RO Membrane dan Plus Inno-Sense, berkesan menyingkirkan partikel, sisa klorida, bahan pencemar air, bau dan habuk halus. Untuk perlindungan tambahan, sistem sterilisasi tangki UV baharu VILLAEM III beroperasi selama tiga jam bagi setiap 12 jam, membantu menghapuskan bakteria seperti E.coli, S.aureus dan P.aeruginosa dari tangki air suhu bilik dan memastikan kualiti air sentiasa berada pada tahap optimum.
Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia, berkata, “Di Coway, setiap produk adalah hasil inovasi yang berterusan dan VILLAEM III turut menjadi simbol terbaharu dalam usaha ini. Menerusi kejayaan model sebelumnya, VILLAEM III menampilkan reka bentuk baharu yang bukan sahaja meningkatkan kehidupan seharian, tetapi juga menawarkan ciri keselamatan yang lebih canggih dan praktikal kepada pengguna. Sebagai sebahagian daripada siri VILLAEM, produk ini melambangkan dedikasi kami untuk menjadikan kehidupan lebih mudah, baik serta inovasi seiring masa.
Sebagai generasi ketiga bagi siri VILLAEM yang terkemuka, VILLAEM III melanjutkan legasinya dengan ciri-ciri inovatif yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden. Untuk maklumat lanjut mengenai VILLAEM III, sila layari coway.com.my/villaem3.