Siakap Keli
Dua cedera pokok tumbang
Gambar: JBPM KL

Dua Cedera, Kereta Dihempap Pokok Tumbang Di Ibu Negara

Dua Cedera, Kereta Dihempap Pokok Tumbang Di Ibu Negara

Satu kejadian pokok tumbang dilaporkan terjadi di Jalan Pudu, Bukit Bintang pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dua individu cedera selepas kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka dihempap pokok terbabit.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Md Izzat Ahmad, mengesahkan kejadian itu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.44 pagi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berusia 15 dan 39 tahun telah diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian dilaksanakan pasukan bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.