Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Angin santa ana
Kredit: AFP

Kebakaran LA: Digelar ‘Angin Syaitan’, Kenali Santa Ana

Athirah

Kebakaran LA: Digelar ‘Angin Syaitan’, Kenali Santa Ana

Semua sudah pun sedia maklum dengan kejadian kebakaran hutan yang sedang melanda Los Angeles, Amerika Syarikat dan meragut lebih daripada 20 nyawa setakat ini.

Ada banyak faktor yang disebut menjadi punca kepada bencana tersebut dan salah-satunya adalah tiupan angin kencang Santa Ana.

Menurut BBC, angin timur/timur laut yang kuat ini bertiup dari kawasan pedalaman Amerika menuju ke arah pantai.

Tiupan Santa Ana boleh berlaku beberapa kali dalam tempoh setahun dengan rekod pernah menunjukkan tiupan angin tersebut berlaku sehingga 20 kali dalam tahun-tahun tertentu sebelum ini.

Angin ini biasanya bertiup pada akhir September sehingga Mei dan hanya bertiup dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Namun dalam kes yang jarang-jarang berlaku, tiupannya boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Punca dan bagaimana angin Santa Ana terbentuk

Menurut portal BBC, keadaan cuaca menjadi penentu kepada tiupan Santa Ana. Ia berlaku apabila kawasan bertekanan tinggi yang luas terbentuk di kawasan pedalaman barat Amerika.

Kawasan ini biasanya berpusat di sekitar Great Basin yang merangkumi sebahagian besar Nevada dan sebahagian Utah, Idaho dan tenggara Oregon.

Lokasi ini pula secara umumnya adalah kawasan kering dan berpadang pasir, menjadikan tiupan angin daripada kawasan tersebut yang kemudian tiba di California kekurangan kelembapan.

Berputar mengikut arah jam di sekitar sistem tekanan tinggi, ia mula bergerak ke selatan dan barat menuju California selatan, di mana tekanan udara turun melalui Gunung Sierra yang terletak di kawasan pedalaman.

Sewaktu tekanan udara menurun, angin menjadi lebih kering dan kelajuan semakin bertambah.

Kelajuan angin malah boleh meningkat apabila melalui kawasan lembah dan jurang, seperti kelajuan air yang bertambah apabila melalui paip.

Dikaitkan dengan kebakaran hutan di California

Kehadiran angin Santa Ana bukan sahaja menyebabkan keadaan menjadi sesuai untuk kebakaran hutan berlaku, malah boleh menjadi punca kepada kemusnahan skala besar yang berlaku selepas itu.

Kelembapan yang rendah dalam angin tersebut menjadi kunci kepada kebakaran yang mudah merebak.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, angin berkenaan sememangnya sudah kering kerana berasal dari kawasan yang kering dan berpadang pasir.

Angin itu kemudian boleh menjadi lebih kering apabila mula bergerak turun dari kawasan gunung.

Seperti pengering rambut, angin yang kering dan bertiup kencang ini boleh menghilangkan kelembapan daripada tumbuh-tumbuhan.

Ia sekaligus menyebabkan pokok-pokok menjadi kering dan mudah terbakar.

Kelajuan angin Santa Ana

Menurut portal BBC, kelajuan angin pula menjadi salah satu faktor yang menyebarkan kebakaran berlaku dengan pantas.

Angin Santa Ana misalnya bergerak pada kelajuan antara 95 hingga 130kmj. Namun, dalam situasi tertentu kelajuan angin tersebut boleh mencecah sehingga 160kmj.

Apabila kelajuan angin seperti ini berterusan selama beberapa hari, ia menjadi sangat sukar bagi anggota penyelamat untuk mengawal kebakaran.

Kenapa dinamakan sebagai Santa Ana

Setakat ini, tiada penjelasan yang kukuh kepada asal-usul nama angin tersebut. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa ia mungkin dinamakan sempena Lembah Santa Ana yang terletak di selatan California.

Namun hakikatnya, angin berkenaan menjejaskan banyak kawasan untuk dikaitkan dengan satu lembah sahaja.

Selain digelar Angin Santa Ana, angin tersebut terut menerima gelaran sebagai ”Angin Syaitan” dan ”Angin Merah”.

BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen

Sumber: BBC