Siakap Keli
cikgu nazmi guru global
Gambar: Global Teacher Prize

PM Ucap Tahniah Kepada Cikgu Nazmi Disenarai 50 Finalis Hadiah Guru Global

PM Ucap Tahniah Kepada Cikgu Nazmi Disenarai 50 Finalis Hadiah Guru Global

KUALA LUMPUR (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seorang guru Malaysia, Muhammad Nazmi Rosli atas pengiktirafan sebagai antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2025.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata keikhlasan Muhammad Nazmi mendidik anak bangsa dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar di Sarawak adalah contoh kepimpinan pendidikan yang membanggakan.

“Pengiktirafan ini juga harus mencetus inspirasi buat para pendidik,” katanya.

Muhammad Nazmi, 32, yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sarawak hari ini diumumkan sebagai antara 50 finalis terbaik dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2025.

Beliau sebelum ini pernah memenangi Hadiah Guru Malaysia 2023 kerana ikhtiarnya mendidik murid dengan membuat latihan simulasi dalam bilik darjah, antaranya memberikan pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan menggunakan bahan kitar semula.

BACA: Gencatan Senjata Di Gaza Bermula Ahad, Kata PM Qatar

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.